- Hit: 15
KELANA JAYA, 4 Disember 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera (SKNS).
Objektif kunjung hormat ini antaranya adalah untuk membentangkan hasil kajian berkenaan kebangkitan ketamadunan, serta isu-isu berkaitan negara bangsa. Juga, pertemuan ini adalah untuk mengenal pasti ruang-ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara YBK dan SKNS.
Delegasi SKNS seramai 6 orang telah diketuai oleh YM Tengku Azrul Hisham Tengku Abidin, Timbalan Pengerusi SKNS. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom bersama meluangkan masa mendengar taklimat dapatan kajian yang dibentang.
Turut bersama, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK; Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan ketua-ketua jabatan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK LISTENING TO A BRIEFING FROM THE SECRETARIAT OF KEBANGKITAN NUSANTARA SEJAHTERA
KELANA JAYA, 4 December 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) this morning received a courtesy call from the Secretariat of Kebangkitan Nusantara Sejahtera (SKNS).
The objectives of this courtesy visit were to present the results of research on the rise of civilization, as well as issues related to the nation-state. Also, this meeting is to identify areas of cooperation that can be implemented between YBK and SKNS.
The SKNS delegation of 6 people was led by YM Tengku Azrul Hisham Tengku Abidin, Deputy Chairman of SKNS. Chairman of YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom together spent time listening to a briefing on the findings of the study presented.
Also present were YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman, YBK Administrative Advisor; Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib and Mr. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and heads of departments.