Kunjungan Hormat dan Lawatan - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Kumpulan FELDA Neram Satu dan FELDA Seberang Tayor Laksana CSR Di ASKA Gesir

    KG GESIR TENGAH, 19 Oktober 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kumpulan daripada FELDA Neram Satu bersama FELDA Seberang Tayor, Terengganu yang hadir untuk melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Asrama Kasih YBK Jambor Sakti.

    Delegasi FELDA dan pelajar serta karyawan YBK telah bersarapan bersama sambil mendengar taklimat daripada Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan juga ucapan daripada Encik Reidi Faris, Pengurus Felda Neram Satu merangkap ketua delegasi.

    Usai taklimat kerja, hadirin mula bergerak menuju ke lokasi gotong-royong iaitu mengecat dinding dan juga menanam anak pokok buah. Encik Zainal Mohd Jais, ALPA YBK dan juga Encik Khamis Mansor (Timbalan Pengarah, FELDA Wilayah Terengganu) turut meluangkan masa hadir dan bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong.

    Turut bersama, Encik Mohd Syafiq Hilmi Ahmad Zahid (Pengurus FELDA Seberang Tayor), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih merangkap Pengurus Pendidikan YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), dan Puan Nurfadilah Ibrahim (Pengurus Akademi Kemahiran YBK).

    Kerja gotong-royong berjaya disempurnakan menjelang tengah hari dan semua yang hadir telah menjamu selera sebelum bergerak pulang.


    Gambar: ?


    FELDA NERAM SATU AND FELDA SEBERANG TAYOR TERENGGANU CONDUCT CSR PROGRAMME AT ASRAMA KASIH YBK JAMBOR SAKTI

    KG. GESIR TENGAH, 19 October 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) welcomed a delegation from FELDA Neram Satu and FELDA Seberang Tayor, Terengganu, who visited to carry out a Corporate Social Responsibility (CSR) programme at Asrama Kasih YBK Jambor Sakti.

    The FELDA delegates, together with YBK students and staff, began the day with breakfast while listening to a briefing by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, and a welcoming speech by Mr. Reidi Faris, Manager of FELDA Neram Satu and head of the delegation.

    Following the briefing, participants proceeded to the gotong-royong (community service) activities, which included painting walls and planting fruit saplings. Also joining the programme were Mr. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK) and Mr. Khamis Mansor (Deputy Director, FELDA Terengganu Region), who spent time participating alongside the volunteers.

    Among those present were Mr. Mohd Syafiq Hilmi Ahmad Zahid (Manager, FELDA Seberang Tayor), Ms. Halimaton Saadiah (Principal of Asrama Kasih and YBK Education Manager), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration Manager), and Ms. Nurfadilah Ibrahim (Manager, YBK Skills Academy).

    The community service activities were successfully completed by midday, followed by a lunch session before the group departed.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Presiden WEF ASEAN Bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur

    KUALA LUMPUR, 2 September 2025 – Presiden Women Economic Forum - WEF ASEAN merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Dato' Seri TPr. (Dr.) Maimunah Mohd Sharif di pejabat beliau di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    Objektif pertemuan adalah untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Bandar atas kerjasama dan sokongan padu sepanjang penganjuran WEF ASEAN 2025 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2025 yang lalu, di samping perbincangan untuk melaksanakan program-program yang akan datang bersama-sama DBKL.

    Turut hadir, YBrs. Dr. Sugumari S. Shanmugam, Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, MITI; YBhg. Datin Dr. Norli @ Norlaili Hj Alias, Presiden Wawasanita; Puan Shikha Kedia Bharadwaj; Puan Chai Peg Kee; dan Encik Mohd Ikmalul Imtihan Zainal Abidin.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT BY WEF ASEAN PRESIDENT TO THE MAYOR OF KUALA LUMPUR

    KUALA LUMPUR, 2 September 2025 – The President of the Women Economic Forum – WEF ASEAN and Administrative Advisor of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, paid a courtesy visit to the Mayor of Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, at her office in Menara Kuala Lumpur City Hall (DBKL).

    The purpose of the visit was to extend sincere appreciation to the Mayor for her strong support and collaboration during the WEF ASEAN 2025, which was successfully held from 19 to 21 June 2025. The meeting also included discussions on potential future joint programs with DBKL.

    Also present were YBrs. Dr. Sugumari S. Shanmugam, Senior Director of the ASEAN Economic Integration Division, MITI; YBhg. Datin Dr. Norli @ Norlaili Hj Alias, President of Wawasanita; Ms. Shikha Kedia Bharadwaj, Ms. Chai Peg Kee, and Mr. Mohd Ikmalul Imtihan Zainal Abidin.

    Read more
  • Kunjungan Hormat ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

    KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bagi membina hubungan silaturrahim dan meneroka peluang kerjasama, khususnya dalam bidang pendidikan serta pengurusan pelajar.

    Delegasi YBK diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK), serta Cik Nurshafiqah Sunazman Abdul Aziz (Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK).

    Kehadiran YBK disambut mesra oleh Encik Zamzuri Abdullah (Pengetua SBJK), Ustaz Suryady Ab Jalil (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), dan Puan Najemiah Azlin Mohd Tahir (Pegawai Kaunseling).

    Sesi bermula dengan pembentangan latar belakang SBJK oleh pengetua, diikuti penerangan profil YBK. Perbincangan bersama turut menyentuh kerjasama strategik, antaranya pertukaran maklumat calon pelajar serta perkongsian ilmu pengurusan asrama. SBJK turut menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman YBK mengurus Asrama Kasih melalui lawatan kerja yang bakal diatur.

    Delegasi YBK kemudiannya dibawa meninjau fasiliti SBJK termasuk kelas akademik, kelas seni dan muzik, bilik asrama, anjung rooftop, kebun sekolah, serta gerai usahawan SBJK.

    SBJK merupakan institusi unik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menampung pelajar daripada latar belakang mencabar termasuk anak-anak jalanan, gelandangan, yatim piatu, dan mereka yang berdepan isu dokumen pengenalan diri. Kehadiran sekolah ini memberi peluang kedua kepada kanak-kanak tersebut untuk mendapat pendidikan formal dan kehidupan lebih terarah.

    Kunjungan hormat ini menjadi landasan awal untuk menjalin sinergi antara YBK dan SBJK dalam usaha memperkukuh pendidikan dan kesejahteraan generasi muda yang memerlukan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT BY YBK TO SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH

    KUALA LUMPUR, 19 August 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) conducted a courtesy visit to Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) to foster relations and explore collaboration opportunities, particularly in the fields of education and student management.

    The YBK delegation was led by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), accompanied by Ms. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (YBK Education Manager), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media & Public Relations Manager), and Ms. Nurshafiqah Sunazman Abdul Aziz (Assistant Media & Public Relations Manager).

    YBK was warmly welcomed by Mr. Zamzuri Abdullah (Principal of SBJK), Ustaz Suryady Ab Jalil (Senior Assistant for Student Affairs), and Ms. Najemiah Azlin Mohd Tahir (Counselling Officer).

    The session began with a presentation on SBJK’s background by the principal, followed by an introduction to YBK’s profile. The discussion touched on potential strategic collaborations, including the exchange of student candidate information and the sharing of hostel management expertise. SBJK also expressed interest in learning from YBK’s experience in managing Asrama Kasih, with a working visit to be arranged.

    The YBK delegation was then given a tour of SBJK's facilities, including academic classrooms, art and music rooms, dormitories, a rooftop lounge, the school garden, and the SBJK entrepreneurship stalls.

    SBJK is a unique institution under the Ministry of Education Malaysia that caters to students from challenging backgrounds, including street children, the homeless, orphans, and those facing issues with identity documentation. The school provides these children with a second chance at formal education and a more structured life.

    This courtesy visit marks an initial step toward building synergy between YBK and SBJK in their shared mission to strengthen education and improve the wellbeing of underprivileged youth.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Bertemu Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA

    KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2025 – Presiden Women Economic Forum (WEF) ASEAN, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), YBhg. Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dalam satu sesi yang berlangsung di Wisma BERNAMA pada jam 4.00 petang.

    Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Datin Paduka Nur-ul Afida yang menyambut kehadiran delegasi WEF ASEAN dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Dalam ucapannya, Presiden WEF ASEAN menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BERNAMA atas kerjasama dan sokongan padu sepanjang penganjuran WEF ASEAN 2025 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2025 yang lalu.

    Datin Dr. Hartini turut menyampaikan Anugerah WEF ASEAN 2025 “Women of The Decade” kepada Datin Paduka Nur-ul Afida atas sumbangan dan kepimpinan cemerlang beliau dalam bidang media dan komunikasi massa.

    Sesi turut diisi dengan perbincangan bersama antara BERNAMA, YBK dan YBCare yang menyentuh peluang kerjasama strategik dalam aspek penyebaran maklumat, advokasi dan program kepada masyarakat khususnya pemerkasaan wanita.

    Barisan pengurusan kanan BERNAMA yang turut serta dalam sesi ini terdiri daripada Encik Mohd Shukri Ishak selaku Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita; Puan Azlina Aziz, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi; Puan Sharifah Zaini Syed Zain, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan; Puan Mastura Hassan, Ketua Komersial; Encik Azlan Idris, Ketua Radio; Puan Nor Hamzeela Md Hambali, Ketua TV; serta Puan Mariati Mohd Arif, Ketua Hal Ehwal Korporat.

    Turut hadir bersama delegasi WEF ASEAN dan YBK ialah YBhg. Dato’ Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK; ahli Lembaga Penasihat WEF ASEAN 2025 iaitu Datin Dr. Norli Hj Alias, Datin Dr. Hasnorliza Binti Abu Hassan dan Cik Siti Khadijah Ariffin; serta En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

    YBK merupakan penganjur bersama WEF ASEAN 2025 dan telah menjalin kerjasama berterusan dengan pelbagai pihak termasuk BERNAMA selaku rakan media dalam usaha memperkasa pembangunan wanita dan ekonomi inklusif serantau.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Bertemu Naib Canselor Universiti Putra Malaysia

    UPM SERDANG, 1 Ogos 2025 - Presiden Women Economic Forum - WEF ASEAN, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah di Bangunan Canselori PUTRA UPM.

    Kunjungan hormat ini adalah bagi menyampaikan anugerah WEF ASEAN 2025 'Leaders of the Decade' kepada beliau, di samping penerangan berkenaan dapatan serta resolusi program WEF ASEAN 2025. Turut dibincangkan adalah kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bersama UPM selaku rakan strategik yang telah bersama dalam program-program Yayasan Basmi Kemiskinan sejak tahun 1990.

    Hadir dalam kunjungan hormat ini adalah YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad (ALPA YBK merangkap Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM); Lembaga Penasihat WEF ASEAN 2025 - Datin Dr. Norli Hj Alias, Datin Dr Hasnorliza Binti Abu Hassan, dan Puan ⁠Shikha Kedia Bharadwaj; serta En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

    YBK merupakan penganjur bersama program WEF ASEAN 2025 yang telah berlangsung pada 19-21 Jun 2025 yang lepas.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT BY WEF ASEAN PRESIDENT TO THE VICE-CHANCELLOR OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    UPM Serdang, 1 August 2025 – The President of the Women Economic Forum – WEF ASEAN, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman, paid a courtesy visit to the Vice-Chancellor of Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, at the PUTRA Chancellor's Building, UPM.

    The visit was held to present the WEF ASEAN 2025 Leaders of the Decade award to him, along with a briefing on the findings and resolutions from the WEF ASEAN 2025 programme. Also discussed was the potential for strategic collaborations with UPM, a long-standing strategic partner that has been supporting the initiatives of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) since 1990.

    Present during the courtesy visit were YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK); YBrs. Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad (ALPA YBK and Director of the Co-Curriculum and Student Development Centre, UPM); members of the WEF ASEAN 2025 Advisory Board – Datin Dr. Norli Hj Alias, Datin Dr. Hasnorliza Binti Abu Hassan, and Ms. ⁠Shikha Kedia Bharadwaj; and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK).

    YBK was the co-organiser of the WEF ASEAN 2025 programme, which was held from 19 to 21 June 2025.

    Read more
  • Kajian Akademik Model Kejayaan Asrama Kasih YBK

    KELANA JAYA, 30 Julai 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menerima kunjungan hormat daripada Prof. Madya Dr. Lilisuriani Abdul Latif dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Pagoh dalam satu sesi perbincangan khas berkaitan cadangan kajian akademik dan penulisan buku bertajuk Model Kejayaan Asrama Kasih YBK.

    Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), En. Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Cadangan kajian yang dikemukakan telah mendapat persetujuan prinsip daripada Pengerusi YBK, dengan hasrat agar perbincangan lanjut mengenai skop, pendekatan dan pelaksanaan penyelidikan dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

    Pengerusi YBK turut merakamkan penghargaan atas kesudian Dr. Lilisuriani menjalankan penyelidikan berkenaan modul pengurusan Asrama Kasih YBK yang telah terbukti melahirkan ramai pelajar berjaya sejak sekian lama. Beliau turut menyatakan rasa terhutang budi YBK terhadap jasa besar Almarhum Pak Latif, mantan Pengetua Asrama Kasih yang juga merupakan ayahanda kepada Dr. Lilisuriani.

    Pengerusi YBK turut mencadangkan En. Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Penasihat Jabatan Media mengetuai jawatankuasa penulisan dan dokumentasi hasil kajian, memanfaatkan pengalaman luas beliau dalam bidang penulisan dan penerbitan.

    Usaha ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam mendokumentasikan pencapaian dan pendekatan unik Asrama Kasih YBK agar dapat dijadikan rujukan dan model terbaik kepada institusi lain yang turut berperanan membina masa depan anak bangsa dari keluarga berpendapatan rendah.


    ACADEMIC STUDY ON THE SUCCESS MODEL OF ASRAMA KASIH YBK

    KELANA JAYA, 30 July 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) received a courtesy visit from Associate Professor Dr. Lilisuriani Abdul Latif of the International Islamic University Malaysia (IIUM), Pagoh Campus, in a special discussion session regarding a proposed academic study and book entitled The Success Model of Asrama Kasih YBK.

    The discussion was also attended by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Mr. Zulhairy Jalaluddin (YBK Board of Trustees Member), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (Manager of Media and Public Relations, YBK).

    The proposed study received in-principle approval from the Chairman of YBK, who expressed hope that further discussions on the scope, approach, and implementation of the research could be finalised soon.

    The Chairman also extended his appreciation to Dr. Lilisuriani for her willingness to conduct research on the management module of Asrama Kasih YBK, which has long been proven to produce many successful students. He also expressed YBK’s deep gratitude for the contributions of the late Pak Latif, former Principal of Asrama Kasih and father of Dr. Lilisuriani.

    The Chairman proposed that Mr. Zainal Mohd Jais, a YBK Board of Trustees Member and Advisor to the Media Department, lead the writing and documentation committee for the research, leveraging his extensive experience in writing and publishing.

    This initiative is viewed as a vital step in documenting the achievements and unique approach of Asrama Kasih YBK, so that it may serve as a reference and exemplary model for other institutions working to shape the future of underprivileged youth.

    Read more
  • YBK Terima Kunjungan Hormat Daripada SK Sg Tekali

    KELANA JAYA, 15 Julai 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Khairul Fadzli bin Abu Zarim (Yang DiPertua PIBG) dan Encik Sazali bin Sarwan (GPK Pentadbiran dan Akademik) SK Sungai Tekali di Ibu Pejabat YBK.

    Kunjungan hormat ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh YBK dan SK Sungai Tekali, khususnya dalam program-program motivasi, pembinaan sahsiah serta komuniti sekolah dan setempat.

    Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberikan taklimat berkenaan latar belakang YBK dan program-program yang boleh dilaksanakan, dan amat mengalu-alukan hasrat SK Sungai Tekali untuk bersama demi manfaat pelajar, sekolah dan komuniti.

    Turut bersama, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK); Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan YBK); dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    SK Sungai Tekali terletak di daerah Hulu Langat, Selangor dan mempunyai jumlah pelajar sekitar 300 orang.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Atas Duta Besar Republik Arab Mesir Ke Malaysia

    KUALA LUMPUR, 14 Julai 2025 - Presiden Women Economic Forum ASEAN merangkap Penasihat Pentadbiran YBK, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia dan Brunei, Tuan Yang Terutama Karim Elsadat di Pejabat Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di sini.

    Kunjungan hormat ini adalah bagi menyampaikan anugerah WEF ASEAN 2025 'Legendary Women of the Decade' kepada Yang Berhormat Puan Maya Morsy, Menteri Perpaduan Sosial Republik Arab Mesir, di samping penerangan berkenaan dapatan daripada program WEF ASEAN 2025.

    Turut dibincangkan dalam pertemuan ini adalah kerjasama strategik dalam bidang pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) di Republik Arab Mesir dan juga negara-negara serantau di benua Afrika, khususnya perkongsian ilmu dan latihan keusahawanan serta kepimpinan kepada golongan wanita.

    Hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Puan Fatma Al Zahraa Hassan (Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Republik Arab Mesir) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

    Read more
  • Kunjungan Hormat Bertemu Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, MITI

    KUALA LUMPUR, 11 Julai 2025 - Presiden Women Economic Forum - WEF ASEAN, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman hari ini telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YBrs. Dr. Sugumari S. Shanmugam, Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

    Pertemuan ini adalah bagi menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih Lembaga Penasihat dan Sekretariat WEF ASEAN 2025 kepada Pengurusan Tertinggi MITI yang telah memberikan sokongan penuh dan bersama-sama menjayakan program WEF ASEAN 2025.

    YBrs. Dr. Sugumari menyifatkan bahawa program WEF ASEAN 2025 adalah yang terbaik dan berjaya pernah dianjurkan bersama MITI sehingga menerima banyak maklum balas positif daripada pihak-pihak yang terlibat, dan mengucapkan tahniah kepada Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare dan Yayasan Basmi Kemiskinan selaku penganjur utama.

    Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Encik Ravi CK Raman; Puan Siti Muslihani Abdul Ghani (Pengarah); Encik Azrul Sani Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah Kanan); Encik Muhamad Asrul Abd Malik dan Puan Norhaizan Nik Jaafar (Ketua Penolong Pengarah).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Kunjung Hormat Ke Atas Suruhanjaya Tinggi Republik Maldives Ke Malaysia

    KUALA LUMPUR, 21 Mei 2025 – Jawatankuasa Urusetia Forum Ekonomi Wanita ASEAN (WEF ASEAN 2025) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Suruhanjaya Tinggi Republik Maldives ke Malaysia, bertempat di pejabat Suruhanjaya Tinggi tersebut di Kuala Lumpur.

    Delegasi diketuai oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Presiden WEF ASEAN 2025, serta disertai oleh YBhg. Datin Norlaili Haji Alias (Penasihat WEF ASEAN 2025), Puan Peggy Chai Peg Kee (WAWASANITA), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan – YBK).

    Pihak Suruhanjaya Tinggi Republik Maldives diwakili oleh Mr. Ahmed Firaz Moosa (Setiausaha Kedua) dan Mr. Abbas Adil Riza (Wakil Perdagangan).

    Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memaklumkan secara rasmi mengenai penganjuran WEF ASEAN 2025 serta menyampaikan jemputan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Tinggi. Pertemuan turut membuka ruang perbincangan berkenaan peluang kerjasama dan penglibatan, khususnya dalam memperkasakan wanita dan membina daya tahan ekonomi di rantau ASEAN.

    WEF ASEAN 2025 yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini akan menghimpunkan pemimpin wanita, pembuat dasar, usahawan serta pihak berkepentingan pembangunan dari seluruh ASEAN dan antarabangsa dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

    YBK adalah penganjur bersama WEF ASEAN 2025


    Gambar: Yayasan Basmi Kemiskinan


    KUALA LUMPUR, 21 May 2025 – The Organising Committee of the ASEAN Women Economic Forum (WEF ASEAN 2025) today paid a courtesy visit to the High Commission of the Republic of Maldives to Malaysia, held at the High Commission's office in Kuala Lumpur.

    The delegation was led by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, President of WEF ASEAN 2025, and joined by YBhg. Datin Norlaili Haji Alias (Advisor, WEF ASEAN 2025), Ms. Peggy Chai Peg Kee (WAWASANITA), and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of Yayasan Basmi Kemiskinan – YBK).

    The High Commission of the Republic of Maldives was represented by Mr. Ahmed Firaz Moosa (Second Secretary) and Mr. Abbas Adil Riza (Trade Representative).

    The main objective of the visit was to formally inform the High Commission of the upcoming WEF ASEAN 2025 and to extend an official invitation. The meeting also provided a platform to explore potential cooperation and engagement opportunities, particularly in empowering women and fostering economic resilience across the ASEAN region.

    WEF ASEAN 2025, scheduled to take place this year, will convene women leaders, policymakers, entrepreneurs, and development stakeholders from across ASEAN and beyond to drive inclusive economic growth.

    YBK is the co-organiser of WEF ASEAN 2025.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;