- Hit: 10
DELI SERDANG (INDONESIA), 12 Ogos 2026 - Delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang terdiri daripada YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Presiden G100 Global Club) bersama Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Pondok Pesantren Miftahul Husna Tahfidz Qur’an yang terletak di Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara.
Kehadiran YBK ke Pesantren di bawah naungan Yayasan Pendidikan & Pembangunan Dzrriyyatun Thoyyibah ini telah disambut oleh Prof. Madya Dr. H. Lukman Hakim, S.Pd.I., M.Pd., Ketua Pembina Yayasan Pendidikan & Pembangunan Dzurriyyatun Thoyyibah, Pondok Pesantren Miftahul Husna Tahfidz Qur’an serta para pegawai Pondok Pesantren. Difahamkan Pondok Pesantren ini merupakan sebuah institusi pendidikan yang diasaskan pada tahun 2019 dan memberi tumpuan kepada sistem pendidikan formal yang digabungkan dengan pendidikan serta hafazan Al-Quran. YBhg, Dato' Zainal turut berkongsi pengalaman YBK dalam menjadikan pendidikan sebagai antara instrumen dan dasar penting untuk membantu keluarga keluar daripada lingkaran kemiskinan.
Semasa lawatan ini juga, YBK turut dibawa melihat tanaman jagung yang diusahakan oleh Pondok Pesantren ini. Lawatan ini memberi peluang kepada YBK untuk mempelajari pengalaman dan kaedah pengurusan institusi pendidikan Islam di luar negara khususnya dalam aspek kemandirian institusi.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
VISIT AND COURTESY CALL TO PONDOK PESANTREN MIFTAHUL HUSNA TAHFIDZ QUR’AN, INDONESIA
DELI SERDANG (INDONESIA), 12 August 2026 – A delegation from Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) comprising YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK; YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK and President of the G100 Global Club; and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, paid a visit and courtesy call to Pondok Pesantren Miftahul Husna Tahfidz Qur’an, located in Deli Serdang Regency, North Sumatra.
The YBK delegation was warmly received by Associate Professor Dr. H. Lukman Hakim, S.Pd.I., M.Pd., Head of the Board of Trustees of the Yayasan Pendidikan & Pembangunan Dzurriyyatun Thoyyibah, which oversees Pondok Pesantren Miftahul Husna Tahfidz Qur’an, together with the institution’s officers.
Established in 2019, the Islamic boarding school is an educational institution that focuses on a formal education system integrated with Qur’anic education and memorization (Tahfidz Al-Qur’an). During the visit, Dato' Zainal also shared YBK’s experience in using education as one of its key instruments and strategic approaches to help families break out of the cycle of poverty.
During the visit, the YBK delegation was also taken to see the corn cultivation project managed by the Islamic boarding school. The visit provided YBK with an opportunity to learn from the institution’s experience and management practices in operating an Islamic educational institution overseas, particularly in terms of institutional self-sufficiency and sustainability.
