ASRAMA KASIH YBK SERENDAH adalah program pembiayaan pembelajaran dan kehidupan pelajar miskin dan yatim. Asrama ini terletak di Kg. Seri Serendah, Mukim Serendah, Hulu Selangor, dan dibangunkan pada tahun 1994 dengan pengubahsuaian pada tahun 2000. Objektif ASKA Serendah adalah untuk membantu pelajar dengan kemudahan dan pembiayaan sara hidup, pembelajaran dan pembangunan sahsiah.

Semua pelajar bersekolah di SMK Serendah yang terletak 1 kilometer dari asrama (14 minit berjalan kaki). Pelajar dihantar dan diambil dari sekolah menggunakan kenderaan asrama seperti bas dan MPV.

Penginapan serta makan dan minum percuma disediakan kepada semua pelajar di samping kelas-kelas bimbingan. Dengan kemudahan infrastruktur antaranya seperti surau, perpustakaan dan bilik komputer, YBK yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan memiliki sahsiah hidup yang baik. Penekanan disiplin dan pembentukan sahsiah diberikan melalui modul 'Ulul Albab' dan aktiviti pembinaan kemahiran seperti kelas silat, keusahawanan, dan pelbagai lagi.

OBJEKTIF
Memberikan pelajar terpilih biasiswa penuh melalui kemudahan sara-hidup, persekolahan serta sahsiah.

KUMPULAN SASAR
Pelajar yatim / piatu / miskin dengan minimum gred 2A dalam peperiksaan akhir tahun terkini.

KAPASITI MAKSIMUM ASRAMA
200 orang

PEMBIAYAAN MAKAN DAN MINUM
Bantuan Makanan Asrama (BMA) @ RM17 seorang sehari (sehingga 2022) *

BMA telah dihentikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 1 Januari 2022 kepada semua asrama di bawah kerajaan negeri dan yayasan seluruh negara tanpa sebarang notis pemberitahuan atau surat rasmi tetapi telah diwartakan melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2021. YBK sedang terus berusaha melalui langkah-langkah strategik untuk mengembalikan semula BMA.

Pembiayaan makanan pelajar selepas 2022 sehingga kini ditanggung sepenuhnya oleh YBK, dan juga melalui sumbangan barangan daripada penaja dan para dermawan.

KOS SARA HIDUP PELAJAR
RM48,000 (untuk 5 tahun, nilai purata tidak mengambil kira inflasi)

KOS PEMBANGUNAN FIZIKAL
RM3,258,000 (Tanah: RM95,625)

KOS OPERASI (1994 - 2014)
RM12,401,355.61 (purata RM620 ribu setahun)

KAEDAH PEMILIHAN
Perakuan sekolah; senarai pendek; siasatan terus.

• PENGETUA: Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi
• TIMBALAN PENGETUA: Ustaz Syaiful Akmal Addanan
• COACH 1: Encik Abdul Rasyid Tahmeddellah
• COACH 2: Encik Muhd Khuzaimie Mud Zamer
• COACH 3: Puan Siti Rugayah Daud
• COACH 4: Puan Nur Syakirah Sayuti
• PEMANDU: Encik Amiruddin Ramli

Hanya data alumni (bekas pelajar) sahaja yang akan dipaparkan untuk rujukan awam. Data pelajar terkini boleh diperoleh dengan menghubungi Asrama Kasih YBK Serendah. Data penuh pelajar tidak akan diberikan kepada pihak ketiga melainkan atas tujuan undang-undang sahaja.

ALUMNI ASKA SERENDAH

Data adalah mengikut tahun kelahiran pelajar dan tahun menduduki peperiksaan SPM;

2007 (SPM 2024) • 2006 (SPM 2023) • 2005 (SPM 2022) • 2004 (SPM 2021) • 2003 (SPM 2020) • 2002 (SPM 2019) • 2001 (SPM 2018) • 1999 (SPM 2016) • 1998 (SPM 2015) • 1997 (SPM 2014) • 1996 (SPM 2013) • 1995 (SPM 2012) • 1994 (SPM 2011) • 1993 (SPM 2010) • 1992 (SPM 2009) • 1991 (SPM 2008) • 1990 (SPM 2007) • 1989 (SPM 2006) • 1988 (SPM 2005) • 1987 (SPM 2004) • 1986 (SPM 2003) • 1985 (SPM 2002) • 1984 (SPM 2001)

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;