Program Ekonomi Desa Kasih Merbau Berdarah adalah program sosio-ekonomi yang diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada YBK pada 6 Julai 1999. Sebanyak RM 486,300.00 telah diperuntukan oleh Kementerian bagi melaksanakan Program Tanaman Jambu Madu, Tanaman Sayur, Buah Tandan Segar Kelapa Sawit dan Projek Jahitan.

• Jambu Madu
Projek Tanaman Jambu Madu adalah program tanaman pokok jambu di setiap rumah Desa Kasih Merbau Berdarah. YBK telah memperuntukkan 6 anak pokok jambu madu untuk setiap keluarga bagi ditanam di sekeliling rumah. Dengan hasil jualan buah jambu ini, peserta dapat pendapatan tambahan.

• Sayuran
Program ini membantu peserta mendapatkan sumber pemakanan yang berkhasiat di samping menjana pendapatan sampingan. Setiap keluarga peserta Desa Kasih digalakkan menyediakan batas-batas untuk ditanam dengan sayur-sayuran di sekeliling rumah masing-masing. Terdapat juga peserta yang melaksanakan projek tanaman sayuran serta membela ternakan ayam dan itik di tanah lapang berhampiran dengan penempatan sebagai sumber pendapatan tambahan.

• Buah Tandan Segar Kelapa Sawit (BTS)
Projek BTS dimulakan pada pertengahan tahun 2000 apabila YBK mendapat tawaran kerjasama daripada syarikat Koridor Padu Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembelian dan penjualan buah kelapa sawit. Berdasarkan kerjasama tersebut, kerja-kerja peringkat awal menyediakan tapak timbang telah dimulakan di atas tapak yang disyorkan oleh syarikat berkenaan. Perlaksanaan projek berjaya disempurnakan pada tahun 2003 dan diserahkan kepada Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Berhad.

• Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah
Permohonan membuka sebuah koperasi telah dimajukan kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Daerah Sabak Bernam pada 30 Julai 1999. Penubuhan koperasi ini bertujuan membantu peserta melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan seperti pembelian dan jualan hasil pertanian. Pada 6 September 2002, koperasi ini ditubuhkan secara rasmi. Antara aktiviti koperasi adalah projek buah tandan segar kelapa sawit, bengkel jahitan, dan jualan beras kepada ahli.

• Bengkel Jahitan
Seramai 22 orang suri rumah dan ibu tunggal telah mengikuti projek ini sebagai pelatih untuk tempoh 6 bulan. Setiap pelatih dibayar elaun sebanyak RM 10 sehari sepanjang tempoh latihan. Seramai 16 orang pelatih kini bertugas sepenuh masa sebagai pekerja di bengkel jahitan dengan memperolehi pendapatan berdasarkan piece rate dan mampu memperolehi pendapatan di antara RM 400 hingga RM 500 sebulan. Bengkel jahitan ini akhirnya diserahkan kepada Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah sebagai aktiviti ekonomi mereka.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;