- Hit: 5586
Pada tahun 1998, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah telah melantik YBK untuk melaksanakan penyerahan Bantuan Makanan Tambahan Kanak-Kanak Termiskin (MTKT). Program ini memakan belanja sebanyak RM 145,068.00. Pengagihan makanan tambahan kanak-kanak termiskin adalah berdasarkan bakul makanan yang disediakan oleh YBK. Bakul makanan ini telah diserahkan kepada kepada 628 orang penerima yang berdaftar sebagai peserta PPRT dan dilaksanakan sebanyak 3 kali dengan setiap bakul makanan bernilai RM 75.
Item di dalam bakul makanan adalah - 6 kg beras gred A (RM 13.00); 4 kg tepung gandum (RM 6.00); 1 kg Ikan bilis gred A (RM 11.00); 1 kg kacang hijau (RM 3.00); 3 kg gula pasir (RM 4.50); 2 kg minyak masak (RM 7.00); 2 kg biskut tempatan (RM 7.50); 1 kg susu tepung penuh krim (RM13.00); dan bekalan 30 hari multi vitamin / zat besi (RM 10.00)
TEMPOH PENGAGIHAN
• 09 Januari 1999 sehingga 10 Feb 1999 - secara berkelompok.
• 29 Mac 1999 sehingga 30 Mei 1999 - penghantaran terus ke rumah-rumah peserta.
• 17 Julai hingga 01 Ogos 1999 - secara berkelompok.
PECAHAN PENERIMA (mengikut daerah)
• Sabak Bernam - 471 orang
• Kuala Selangor - 118 orang
• Klang - 17 orang
• Kuala Langat - 11 orang
• Sepang - 3 orang
• Hulu Langat - 2 orang
• Hulu Selangor - 6 orang