PUSAT LATIHAN YBK (PLYBK) adalah sebuah institusi pendidikan kemahiran yang terletak di Kuala Selangor. Telah beroperasi sejak tahun 1992 dengan kos pembangunan sebanyak RM 1.9 juta, PLYBK menawarkan kursus-kursus di bawah pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

  • SEJARAH

    PLYBK telah dirasmikan pada 18 Ogos 1992 oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu merangkap Pengasas Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), melalui satu permuafakatan strategik antara YBK bersama UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMW).

    Hasil daripada permuafakatan ini membuka peluang kepada lepasan sekolah daripada keluarga miskin terpilih untuk menerima penajaan penuh pengajian di samping ditawarkan pekerjaan selepas tamat pengajian oleh UMW dan beberapa syarikat korporat.

    Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2002, UMW telah menyerahkan sepenuhnya pengurusan PLYBK kepada YBK setelah yakin dengan kemampuan YBK mengurus sendiri institusi ini. UMW juga telah menghadiahkan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada YBK sebagai simbolik penerusan semangat kerjasama antara kedua-dua pihak.

  • VISI

    Mendukung cita-cita PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN untuk semua.

  • MISI

    • Mendekatkan Institusi dengan masyarakat.

    • Membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana mendapat pendidikan kemahiran.

    • Menyediakan program pendidikan berkualiti yang diiktiraf dengan kos yang sederhana.

  • OBJEKTIF

    • Melahirkan sumber tenaga mahir dan separuh mahir bagi sektor industri negara serta yang berkaitan dengannya.

    • Membantu mengurangkan kemiskinan isi rumah melalui pendekatan memberi latihan kemahiran dalam bidang yang relevan dengan pasaran kerja.

    • Membantu belia-belia menganggur mempelajari kemahiran asas dalam bidang-bidang tertentu yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

    • Melatih belia menjadi warganegara yang berdisiplin, berdikari serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal agar mereka terhindar dari terjerumus dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan kegiatan tidak bermoral.

    • Menjadi penghubung kepada industri yang berkaitan dengan sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (Tahap 2 & 3)
Program-program di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

• ELEKTRIK
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 1 & 3 Fasa:
• Tahap 2 & 3 - (EE-320-2&3:2012)

• AUTOMOTIF
Automotif Servis Selepas Jualan:
• Tahap 2 & 3 - (TP-300-2&3:2013)

• PELUKIS PELAN
Lukisan Pelan Seni Bina:
• Tahap 3 - (BC-050-3:2013)


KURSUS SIJIL KECEKAPAN KEMAHIRAN
Program-program di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

• PENYAMAN UDARA
Pemasangan Penyaman Udara - (ACV 2)

• ELEKTRIK
Pemasangan Pendawaian Bangunan (Eletrik) - (BWI)

Sila hubungi Pusat Latihan YBK untuk maklumat lanjut (Telefon : 03 3289 3367).

Sila hubungi Pusat Latihan YBK untuk maklumat lanjut (Telefon : 03 3289 3367).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;