MOTIVASI SEMANGAT MENDAKI YBK adalah cetusan idea daripada Pengerusi YBK dan menjadi sebahagian daripada proses transformasi YBK dalam pembangunan modal insan. Kumpulan sasarnya adalah pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dengan objektif memperkasa minda pelajar dengan konsep kecemerlangan yang mapan berdasarkan gagasan SEMANGAT MENDAKI.

  • SEJARAH

    Sejak tahun 1992 sehingga 2015, YBK telah melaksanakan lebih daripada 60 program motivasi dengan jumlah peserta hampir 8,000 orang. Komponen motivasi diintegrasikan dalam program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program KUNTUM. Bermula tahun 2014, Unit Motivasi YBK telah dibentuk sebagai unit khusus yang bertanggungjawab merancang serta melaksanakan program motivasi kepada sekolah-sekolah KUNTUM dan juga sekolah-sekolah yang berminat.

    Natijahnya Unit Motivasi YBK diwujudkan adalah sebagai strategi YBK untuk memperkasakan kedudukannya sebagai sebuah NGO Pembasmian Kemiskinan berteraskan pembangunan modal insan. Unit ini berperanan sebagai pelengkap dan pendorong kepada program-program pembasmian kemiskinan yang sedia ada. Program ini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah KUNTUM bermula pada tahun 2015 sehingga ke hari ini, dan merangkumi sekolah rendah dan menengah, dalam dan luar negeri Selangor.

  • KELULUSAN

    YBK telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar di sekolah-sekolah. Sepanjang perlaksanaannya, YBK telah mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Gagasan SEMANGAT MENDAKI menjadi teras modul Motivasi ini. Gagasan Semangat Mendaki adalah ilham daripada Dato' Pengerusi YBK yang menjurus kepada pemerkasaan berterusan (continuous improvement) dan pembinaan semangat serta jati diri yang mantap.

Komponen SEMANGAT MENDAKI terdiri daripada 5 elemen teras iaitu IMAN & TAQWA; EMOSI; IMPIAN; KEPERCAYAAN dan KEBERANIAN. Setiap elemen ini adalah kekunci untuk membina jati diri yang mantap dan menyeluruh, termasuklah penetapan matlamat diri, mengenal potensi dan keunikan, menggerakkan diri menuju impian dan memperkasa emosi diri secara zahir dan batin. Di akhir sesi motivasi, peserta diharap dapat meningkatkan keupayaan belajar dan yakin diri untuk mencapai kecemerlangan.

Modul SEMANGAT MENDAKI turut mengintegrasikan konsep dan idea daripada Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan Emotional Spiritual Quotient (ESQ). Metodologi yang digunakan adalah syarahan untuk menerangkan konsep dan teori, dan latihan praktikal untuk membolehkan pelajar mengalami sendiri konsep-konsep yang diterangkan. Metodologi teori + praktikal ini perlu agar pelajar dapat mempraktikkan konsep dan dapat membentuk amalan yang berterusan dan tidak terbatas hanya semasa dalam sesi.

buku SEMANGAT MENDAKI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

YBK memiliki 5 orang karyawan yang berpengalaman dengan gagasan SEMANGAT MENDAKI. Para karyawan ini juga merupakan Pengamal Bertauliah NLP (Certified NLP Practitioner) daripada Akademi NLP Malaysia dan National Federation of NLP, Amerika Syarikat.

 

 

SENARAI INSTITUSI YANG MENGIKUTI MOTIVASI SEMANGAT MENDAKI YBK

JEMPUTAN

Pihak sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk menjemput Kumpulan Motivasi YBK berkongsi dan memberi perspektif baharu kepada para pelajar masing-masing boleh menghubungi pegawai berikut;

  • AUDI FALIQ IBRAHIM

    Tel (Pejabat) : 03 7875 0036

    Tel (Bimbit) : 019 3740 382 (WhatsApp)

    E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

TERMA & SYARAT

• Sekolah/institusi yang berminat ('Penganjur') hendaklah memaklumkan YBK sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh cadangan program hendak dilangsungkan bagi mengelakkan pertindihan jadual serta memudahkan urusan logistik.

• YBK berhak untuk tidak memenuhi jemputan sekiranya terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.

• Penganjur boleh menjemput YBK lebih daripada sekali untuk melaksanakan sesi, tertakluk kepada jadual.

• Penganjur bertanggungjawab menyediakan tempat yang kondusif bersesuaian dengan bilangan pelajar. Pemilihan tempat yang kurang kondusif berisiko merencatkan proses pemahaman dan keupayaan pelajar untuk bersama-sama dalam sesi yang diadakan.

• Tiada kos atau bayaran kepada jurulatih dikenakan kepada Penganjur. Pihak Penganjur hanya perlu menyediakan dewan atau ruang yang bersesuaian, peralatan 'LCD projector' dan sistem siaraya.

• Penganjur hendaklah memastikan setiap peserta mengikuti sesi dengan sepenuhnya iaitu dari awal hingga akhir, bagi memastikan pemahaman sepenuhnya kepada konsep yang diterangkan.

• Sijil penyertaan akan dikeluarkan atas permintaan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;