- Hit: 10884
SINAR KASIH RAMADHAN (SKR) adalah program tahunan yang dilaksanakan menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini telah memasuki tahun yang ke-16 pada tahun 2024 ini. Objektif SKR adalah untuk membantu keluarga miskin terpilih menghadapi bulan Ramadhan tanpa rasa terbeban melalui sumbangan berbuka dan bersahur kepada mereka.
Falsafah program SKR mempunyai peranan 'serampang dua mata' iaitu pertamanya, SKR sebagai laman amal atau platform kepada para dermawan tidak kira sama ada individu, institusi atau korporat untuk menyumbang tanpa sebarang keraguan dan keduanya, memupuk semangat persaudaraan dan saling peduli di kalangan masyarakat, sesuai dengan ketinggian nilai Islam itu sendiri.
Antara organisasi dan NGO yang pernah berkolaborasi bersama YBK dalam program ini adalah Kumpulan Media Karangkraf melalui Akhbar Sinar Harian, Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (PIMPINAN), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).
PENERIMA SUMBANGAN
Jawatankuasa pemilihan khas yang dilantik akan menyenarai pendek dan memilih keluarga yang layak untuk menerima sumbangan SKR mengikut kriteria yang ditetapkan. Pencalonan diterima daripada ketua masyarakat, sekolah, sukarelawan atau individu serta organisasi yang mempunyai maklumat keluarga miskin di kawasan masing-masing.
PENYERAHAN SUMBANGAN
Penyerahan sumbangan akan dilakukan sendiri oleh karyawan YBK dan dibantu oleh para sukarelawan di seluruh negara. Keluarga yang terpilih akan menerima sumbangan seminggu sebelum bermulanya bulan Ramadhan dan setiap sumbangan akan direkod dan dilaporkan terus kepada penyumbang dan orang awam melalui media sosial rasmi YBK (Facebook) di samping laporan di laman web ini bagi menjamin ketelusan dan integriti.
• Program ini sebagai sebuah usaha bersepadu bagi mendidik, menggerak dan meningkatkan kesedaran terhadap amalan bersedekah. • Untuk menyediakan keperluan asas pada kadar yang mencukupi sepanjang bulan Ramadhan kepada keluarga fakir, miskin yang terpilih. • Untuk melahirkan pengertian sebenar sifat ehsan sebagai kesan tampak penghayatan insan terhadap kemurnian Islam itu sendiri.
Jumlah keperluan makanan bagi setiap keluarga miskin ini dinilai berpandukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Bermula pada tahun 2022, Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengemas kini nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional kepada RM2,589. Nilai PGK yang dikemas kini ini mengambil kira keperluan optimum pemakanan sihat untuk setiap ahli isi rumah dan bukan lagi keperluan minimum sebagaimana yang diguna pakai sebelum ini. Perbelanjaan komponen makanan untuk satu keluarga 5 ahli isi rumah adalah berasaskan keperluan kalori sebanyak 9,910 kcal sehari untuk satu keluarga. Bilangan kalori ini dibahagikan kepada beberapa jenis makanan iaitu Karbohidrat (55%), Protein (15%) dan Lemak (30%).
Secara keseluruhannya bermula tahun 2002 sehingga 2023, sebanyak 3,927 keluarga telah mendapat manfaat daripada program Sinar Kasih Ramadhan dan jumlah sumbangan yang telah diagihkan adalah RM 1,859,437.45. Nilai sumbangan per keluarga pada setiap tahun adalah bergantung kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang diumumkan oleh Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Negara. Sumbangan menggunakan cek hendaklah dibayar atas nama YAYASAN BASMI KEMISKINAN dan ditulis di belakang cek 'Program Sinar Kasih Ramadhan 2024'. Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun MBSB Bank Berhad : No. Akaun 1005 0540 0000 3480 melalui kaunter bank, CDM, atau Perbankan Internet (IBG/DuitNow).
PENYERAHAN BUKTI PEMBAYARAN Bukti pembayaran sumbangan (salinan cek/slip pembayaran/resit deposit) hendaklah dihantar melalui pos, atau di e-mel terus ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengesahan dan rekod. Resit rasmi hanya akan dikeluarkan apabila bukti pembayaran dan borang sumbangan yang lengkap diterima oleh YBK. KELAYAKAN PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN Sumbangan untuk Program Sinar Kasih Ramadhan adalah layak untuk menerima pengecualian cukai pendapatan (Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.3710 Warta Kerajaan Bil. 8954).CEK
PEMINDAHAN WANG / PERBANKAN INTERNET