- Hit: 6241
DESA KASIHÂ adalah program sosio-ekonomi YBK yang dilaksanakan dari tahun 1992Â hingga 1999. Keluarga miskin yang dikenal pasti ditempatkan di kawasan perumahan yang disediakan oleh YBK dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, Pejabat Daerah, dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Rumah berkapasiti 2 atau 3 bilik yang dibina diperuntukkan kepada keluarga yang layak untuk menggantikan rumah asal yang daif. Sebanyak 9 kawasan penempatan dibangunkan dengan jumlah kos rumah sebanyak RM 2,124,750.00, tidak termasuk kos infrastruktur, kemudahan balairaya, dan masjid. Seramai 379 isi rumah termiskin dari seluruh negeri Selangor telah dipilih dan ditempatkan di kawasan-kawasan ini yang dinamakan sebagai Desa Kasih.
Di samping pemberian rumah, YBK turut melaksanakan program sosio-ekonomi yang sewajarnya kepada peserta seperti Program Pembangunan Ekonomi, Pusat ICT, Pusat Kecemerlangan Pelajar, Program Pemulihan Sikap dan Program Peningkatan Pendapatan isi Rumah.
SENARAI DESA KASIH
• DESA KASIH TEBUK PULAI TENGAH
Tahun Dibina: 1992
Bilangan Rumah: 15 unit
Kos: RM 45,000.00
Terletak di Tebuk Pulai Tengah, Sabak Bernam. Desa Kasih ini mengandungi 15 unit rumah yang dibina secara gotong royong dengan kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM45,000.00. Mempunyai keluasan tapak seluas 440' x 70'. Manakala keluasan lot adalah 50' x 70' dan keluasan rumah seluas 14' x 20'. Siap dibina pada 30 Mei 1992.
Pada tahun 2003 Desa Kasih ini terdiri daripada 12 keluarga dengan jumlah isi rumah seramai 65 orang. Antara aktiviti yang dijalankan di sini adalah kelas ICT dan Pusat Kecemerlangan Pelajar di mana pelajar disediakan dengan kemudahan belajar komputer dan bahan bacaan. Disamping itu sebahagian pelajar dan peserta juga terlibat dalam program motivasi dan seminar kejayaan diri yang dijalankan oleh YBK dari masa ke semasa.
• DESA KASIH BATU 2 TEBUK PULAI
Tahun Dibina: 1996
Bilangan Rumah:Â 62 unit
Kos: RM 372,000.00
Terletak di Batu 2 Tebuk Pulai, Sabak Bernam. Kawasan perumahan keluarga termiskin ini mempunyai keluasan kawasan seluas 4.16 ekar. Desa Kasih ini dibangunkan pada bulan September 1996 dengan 61 unit rumah dengan keluasan setiap rumah 20' x 25. Jumlah kos pembangunan pada keseluruhan berjumlah RM 372,000.00.
Berdasarkan kajian 2003, terdapat seramai 333 orang penduduk di mana 180 orang lelaki dan 153 orang adalah perempuan dengan purata bilangan ahli isi rumah seramai 5.5 orang setiap keluarga. Daripada jumlah penduduk di sini % penyertaan tenaga kerja hanya 47.8%. Pada umumnya, kadar termiskin keluarga di desa ini hanya 1.6%. Antara kemudahan yang disediakan oleh YBK termasuklah surau, balairaya, Pusat ICT, Pusat Kecemerlangan Pelajar, dan bengkel jahitan.
• DESA KASIH PARIT 8 ½ BARAT
Tahun Dibina: 1995
Bilangan Rumah: 73 unit
Kos: RM 219,000.00
Desa Kasih Parit 8 ½ Barat, terletak di Parit 8 ½ Sg Besar, Sabak Bernam dengan keluasan kawasan 6.4 hektar. Penempatan keluarga termiskin dengan 73 rumah dengan ukuran rumah 14’ x 18’ dengan keluasan setiap tapak 60’ x 100’. Kos keseluruhan berjumlah RM 219,000 dan siap dibina pada tahun 1995. Sehingga kini terdapat 83 keluarga PPRT telah mendapat kemudahan rumah di desa kasih ini (pihak Majlis Agama Islam Selangor telah membina tambahan 14 unit rumah) dengan jumlah penduduk seramai 442 orang.
YBK telah membangunkan Pusat ICT Desa Kasih Parit 8 ½ Barat dengan kemudahan 8 unit komputer dan 1 pencetak. Seorang pengajar ICT sepenuh masa telah ditempatkan di pusat ICT ini. Pengajar ICT bertanggungjawab menyediakan kelas ICT untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Di samping itu, sebuah Pusat Kecermelangan Pelajar turut dibangunkan dan dilengkapkan dengan kemudahan bahan bacaan dan buku rujukan. Pada tahun 2001 dan 2002, kelas tuisyen UPSR, PMR dan SPM telah disediakan oleh YBK untuk membantu pelajar. YBK juga melaksanakan program kemahiran menjahit kepada suri-rumah yang tidak menjalankan sebarang pekerjaan.
• DESA KASIH PASIR PUTIH KALUMPANG
Tahun Dibina: 1997
Bilangan Rumah: 12 unit
Kos: RM 118,200.00
Terletak di Pekan Kalumpang, Hulu Selangor. Penempatan keluarga termiskin di sini mengandungi 12 unit rumah di atas tanah seluas 0.650 ekar.
Projek ini dibina secara bersepadu oleh YBK, Majlis Agama Islam Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kos pembinaan Desa Kasih ini berjumlah RM 118,200.00. Pembinaan dimulakan pada 20 September 1997 dan selesai sepenuhnya pada Disember 1997. Peserta-peserta yang terpilih mula mendiami rumah masing-masing pada bulan April 1998.
• DESA KASIH MERBAU BERDARAH
Tahun Dibina: 1998
Bilangan Rumah: 110 unit
Kos: RM 1,217,500.00
Terletak di Mukim Sungai Panjang, Sabak Bernam dengan keluasan kawasan 20 ekar. Mempunyai 110 unit rumah dengan keluasan 20' x 25' dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.217 juta yang dibiayai bersama oleh YBK, Majlis Agama Islam Selangor dan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor. Desa Kasih ini siap dibina dalam tahun 1998. Kediaman yang dibina dilengkapi dengan kemudahan asas seperti elektrik, air dan tandas. Di samping itu, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan untuk penduduk Desa Kasih ini ialah surau, balai raya, dan tadika KEMAS.
Desa Kasih Merbau Berdarah menempatkan 101 keluarga termiskin terpilih dari Selangor. Berdasarkan kajian 2003, jumlah penduduk adalah 597 orang di mana 299 orang lelaki dan 298 orang adalah perempuan. Daripada jumlah penduduk tersebut seramai 205 orang merupakan tenaga buruh dan hanya 149 orang yang bekerja (40.6% kadar penyertaan tenaga buruh). Pada umumnya YBK hanya mengesan 3 (3%) keluarga yang masih menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan tegar. YBK juga melaksanakan beberapa program sosio-ekonomi yang khusus dilaksanakan di desa kasih ini seperti Projek Ekonomi Desa Kasih Merbau Berdarah, Pemulihan Sikap Desa Kasih Merbau Berdarah, Pusat Kecemerlangan Pelajar dan Pusat ICT.
• DESA KASIH TANJUNG JAWA
Tahun Dibina: 1998
Bilangan Rumah: 15 unit
Kos: RM 208,950.00
Terletak di atas sebidang tanah kerajaan berhampiran dengan masjid Kampung Tanjung Jawa di Mukim Sabak, Sabak Bernam dengan keluasan tapak seluas 1.5 ekar. Desa Kasih ini mempunyai 15 unit rumah berukuran 20' x 34' dengan keluasan tapak setiap rumah ialah 60' x 50'. Pembangunan Desa Kasih ini telah menelan belanja berjumlah RM 208,950.00 dan siap pada Disember 1998. Antara kemudahan-kemudahan yang ada di Desa Kasih ini ialah Pusat ICT dan Pusat Kecemerlangan Pelajar.
Terdapat 15 keluarga ditempatkan di desa kasih ini dengan 104 orang penduduk di mana 41 orang adalah lelaki dan 63 orang perempuan. Daripada jumlah penduduk tersebut hanya seramai 31 orang daripada 59 orang tenaga buruh yang bekerja. Di desa ini pada umumnya tiada lagi keluarga termiskin di mana semua 15 keluaraga telah menerima pendapatan di atas paras kemiskinan tegar.
• DESA KASIH KAMPUNG SEKENDI
Tahun Dibina: 1999
Bilangan Rumah: 23 unit
Kos: RM173,160.00
Terletak di Jalan Tok Dolah, Kampung Sekendi, Mukim Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Desa Kasih ini mempunyai 13 unit rumah dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM 173,160.00. Keluasan setiap unit rumah ialah 22' x 28' dilengkapi dengan kemudahan bilik air dan tandas, pendawaian elektrik dan sistem paip di dalam rumah. Siap dibina pada Januari 1999.
Daripada 21 keluarga yang menetap di desa kasih ini terdapat seramai 109 orang penduduk dengan 53 orang lelaki dan 56 orang perempuan. Purata isi rumah setiap keluarga adalah 5.2 orang. Daripada jumlah penduduk tersebut kadar penyertaan tenaga buruh adalah 48.3% atau hanya 35 orang yang bekerja dari 60 orang tenaga buruh. Kajian YBK juga menunjukkan hanya terdapat 2 keluarga yang masih dianggap termiskin.
• DESA KASIH BAGAN NAKHODA OMAR
Tahun Dibina: 1999
Bilangan Rumah: 36 unit
Kos: RM 479,304.00
Terletak di atas sebidang tanah rizab kerajaan di Tebuk Haji Arshad, Kampung Simpang Empat. Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar yang mempunyai tapak seluas 3 ekar, menempatkan 36 unit rumah dimana ukuran setiap lot tapak rumah seluas 50' x 60' dengan jumlah kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM 479,304. Desa Kasih ini siap dibina dalam tahun 1999.
Sehingga 2003, Desa Kasih ini mempunyai 35 isi rumah dengan 167 orang penduduk di mana 69 orang lelaki dan 98 orang adalah perempuan dengan purata bilangan ahli isi rumah seramai 4.8 orang. Daripada jumlah penduduk tersebut hanya 53 orang bekerja atau kadar penyertaan tenaga buruh adalah 55.8% sahaja. Sehingga kini kadar termiskin isi rumah adalah 2.9% atau hanya 1 isi rumah yang masih di bawah paras termiskin. Desa Kasih ini mempunyai kemudahan balai raya dan Pusat ICT yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Pihak YBK menyediakan kemudahan kelas ICT dan bahan bacaan untuk kemudahan penduduk terutamanya kepada pelajar. YBK juga telah membangunkan kawasan gerai bagi membolehkan penduduk yang berminat menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
• DESA KASIH SUNGAI KAJANG
Tahun Dibina: 1999
Bilangan Rumah: 26 unit
Kos: RM 314,160.00
Desa Kasih ini terletak di Tanjung Karang, Kuala Selangor dengan keluasan 2.5 ekar. Mempunyai 26 unit rumah dengan kawasan lot setiap rumah seluas 40' x 45'. Manakala keluasan rumah adalah 22' x 28' dengan kos keseluruhan pembangunan rumah adalah berjumlah RM 314,160.00 tidak termasuk kos kerja tanah dan jalan oleh Pejabat Daerah serta kos surau dan bangunan KEMAS yang dibangunkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). Desa Kasih ini siap dibina pada tahun 1999.
Terdapat seramai 182 orang penduduk di mana 88 orang lelaki dan 94 orang perempuan dengan purata isi rumah setiap keluarga adalah 7.0 orang. daripada jumlah 97 orang tenaga buruh hanya 35 orang yang bekerja di mana kadar penyertaan tenaga buruh adalah 36.1%. Secara keseluruhannya hanya terdapat 2 isi rumah yang menerima pendapat di bawah kemiskinan tegar dengan kadar 7.7%