KG GESIR TENGAH, 24 September 2024 - Seramai lapan orang pelatih baharu telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) dalam Majlis Pendaftaran Pelatih Baharu hari ini.

Para pelatih telah hadir bersama ibu bapa / penjaga masing-masing apabila pendaftaran dibuka jam 10 pagi. Pengurus AKYBK, Puan Nurfadilah Ibrahim telah memberikan taklimat kepada ibu bapa dan pelatih yang hadir berkenaan urusan-urusan dan perjalanan majlis. Perjalanan majlis turut dibantu oleh karyawan dan pelatih AKYBK.

Encik Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah meluangkan masa hadir untuk beramah mesra dan juga menyampaikan motivasi kepada para pelatih dan ibu bapa yang hadir. Beliau yang juga Jurulatih Bertauliah NLP menyeru para pelatih untuk membina emosi positif dan bersungguh-sungguh belajar sepanjang tempoh pengajian, dan akan menyatakan komitmen untuk bertemu pelatih pada setiap awal bulan untuk memberi perkongsian motivasi.

Turut hadir bersama dalam sesi motivasi ini adalah Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan YBK), Puan Rozita Arbain (Pengurus Kewangan dan Pembangunan Aset YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir).

Majlis diakhiri bacaan ikrar oleh pelatih baharu dan sesi bergambar, sebelum para pelatih bersama ibu bapa dibawa melawat ke asrama dan melaksanakan urusan-urusan berkaitan. Para pelatih baharu akan menjalani minggu orientasi bermula hari ini (24/9/2024) sehingga 26/9/2024.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


AKADEMI KEMAHIRAN YBK ACCEPTS NEW TRAINEES

KG GESIR TENGAH, 24 September 2024 - A total of eight new trainees have registered to pursue their studies at the Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) in the New Trainee Registration Ceremony today.

The trainees were present with their parents/guardians when registration opened at 10 am. AKYBK Manager, Mrs. Nurfadilah Ibrahim briefed the parents and trainees present regarding the affairs and travel of the ceremony. The ceremony was also assisted by AKYBK employees and trainees.

Mr. Zulhairy Jalaluddin, Member of the Board of Trustees of YBK took the time to meet and also convey motivation to the trainees and parents who attended. He who is also an NLP Certified Coach called on the trainees to build positive emotions and study hard throughout the study period, and will express his commitment to meet the trainees at the beginning of every month to share motivation.

Also present in this motivational session were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Mrs. Norleza Hambali (Administration and Education Manager of YBK), Mrs. Rozita Arbain (Finance and Asset Development Manager of YBK), Mr. Audi Faliq Ibrahim (Media and Public Relations Manager of YBK), and Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Principal of Asrama Kasih YBK Gesir).

The ceremony ended with the reading of the pledge by the new trainees and a photo session, before the trainees and their parents were taken to visit the hostel and carry out related matters. The new trainees will undergo an orientation week starting today (24/9/2024) until 26/9/2024.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;