Outlet: Akademi Kemahiran YBK - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Pelatih AKYBK Perkasa Minda Melalui NLP Siri 7/12

    KG GESIR TENGAH, 18 April 2025 – Para pelatih dan warga kerja Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) hari ini mengikuti sesi ke-7 Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK.

    Fokus sesi kali ini adalah mengenai SIKAP, dengan penekanan kepada bagaimana sikap positif berpunca daripada kecerdasan emosi (EQ). Lima aspek utama yang dibincangkan termasuk kawalan diri, kesedaran diri, keprihatinan, beralasan dengan motif yang jelas, serta kemahiran komunikasi.

    Program NLP ini merupakan sesi bersiri bulanan yang bertujuan memperkasa minda dan membina kecemerlangan diri dalam kalangan pelatih. Ia juga bakal diperluas ke outlet-outlet YBK lain sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan insan.

    Read more
  • Pelatih PW2 Ambilan September AKYBK Jalani Peperiksaan Semester 1

    KG GESIR TENGAH, 25 Februari 2025 - Pelatih Kursus PW2 Ambilan September Akademi Kemahiran YBK Gesir mula menduduki peperiksaan semester 1 bermula 25 hingga 27 Februari 2025.

    Pelatih ini akan melalui peperiksaan teori dan amali mengikut silibus yang telah ditetapkan dan piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi menguji kefahaman dan kemahiran mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari.

    Selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada semua pelatih AKYBK yang menduduki peperiksaan.

    Read more
  • Motivasi NLP AKYBK Gesir - "Tonggak NLP"

    KG. GESIR TENGAH, 7 Februari 2025 - Hari ini telah berlangsung Motivasi NLP Siri 5: Tonggak NLP 2 yang disertai oleh para pelatih dan karyawan Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi YBK.

    Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pendidikan, Pembangunan Modal Insan & Penyelidikan merangkap Pengurus Pentadbiran YBK), dan saudari Shafiqah Sunazman daripada Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.

    Pengisian bertajuk 'Tonggak NLP 2' yang dipelajari hari ini berkaitan dengan "Wayang Minda". Wayang Minda adalah apa yang kita cipta, dan andaikan menentukan bagaimana cara kita berfikir. Setiap orang mempunyai wayang minda yang berbeza dan sentiasa berubah-berubah. Kita harus meraikan dan sentiasa hormati perbezaan masing-masing.

    Terima kasih Tuan Haji Zulhairy atas perkongsian dan ilmu yang disampaikan.

    Artikel disediakan oleh Unit Media AKYBK

    Read more
  • Sesi Motivasi NLP Bersama Pelatih Akademi Kemahiran YBK

    KG GESIR TENGAH, 3 Januari 2025 - Telah berlangsung pada sebelah pagi, sesi NLP bersama para pelatih Akademi Kemahiran Yayasan Basmi Kemiskinan (AKYBK).

    Sesi yang bermula pada jam 10 pagi selama 2 jam telah dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK. Seluruh pelatih AKYBK seramai 7 orang telah mengikuti sesi ini.

    Para pelatih telah mempelajari dan mengenal ‘Sistem Representasi’ seseorang dan diri sendiri. Selain itu juga, En Zulhairy menyentuh berkenaan kepercayaan diri, wayang minda, sikap dalam bekerja dan bersama rakan-rakan, membina 'rapport' dan mengurus emosi diri.

    Sesi motivasi bersama pelatih AKYBK dirancang untuk dilaksanakan secara bulanan bagi membina semangat pelatih secara berterusan berdasarkan konsep Semangat Mendaki YBK. Sesi turut disertai oleh Pn. Norleza Hambali, Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan, serta karyawan dari YBK Global Camp.

    Laporan disediakan oleh Nur Shafiqah Sunazman


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • AKYBK Sertai Program Gotong-Royong Membasmi Aedes

    Laporan disediakan oleh Unit Media, Akademi Kemahiran YBK

    SMK GEDANGSA, 12 Oktober 2024 - Pelatih Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) hari ini telah menyertai Program Gotong-royong Membasmi Aedes sempena Hari Sukan Negara 2024 di SMK Gedangsa. Program ini adalah hasil kerjasama bersama Unit Ko-Kurikulum SMK Gedangsa, Akademi Kemahiran YBK, dan Kelab Belia Jatidiri Hulu Selangor.

    Di samping memperkenalkan AKYBK kepada masyarakat setempat, pelatih PW2 Ambilan 09/24 juga melaksanakan aktiviti pembersihan dan pembasmian nyamuk aedes di kawasan sekolah.


    Gambar: Facebook Akademi Kemahiran YBK


     

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;