- Hit: 247
KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2022 - Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam satu majlis di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah melantik Akademi Kemahiran YBK Gesir (AKYBK) sebagai salah sebuah rakan strategik NGO untuk bersama dalam Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC).
AKYBK merupakan salah satu daripada 14 NGO yang dihimpunkan dalam kerjasama sebagai persediaan untuk menghadapi bencana banjir. Menurut Presiden MBM, Tuan Mohd Izzat Afifi, inisiatif ini diambil bagi menggembleng kepakaran rakan strategik bagi memastikan gerak kerja yang lebih cekap semasa di lapangan.
Untuk makluman, AKYBK pernah turut serta dalam misi bantuan bersama MBM pada bulan Januari 2020 di negeri Kelantan ketika musibah banjir di sana, di mana bantuan dan kepakaran yang diberikan adalah baik pulih pendawaian elektrik.
AKYBK APPOINTED AS MYVOC MBM STRATEGIC PARTNER
KUALA LUMPUR, 2 October 2022 - The Malaysian Youth Council (MBM) in a ceremony at the International Youth Centre (IYC) has appointed Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) as one of the NGOs' strategic partners in Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC).
AKYBK is one of 14 NGOs assembled in cooperation in preparation for the flood disaster. According to the President of MBM, Tuan Mohd Izzat Afifi, this initiative was taken to mobilize the expertise of strategic partners to ensure more efficient work on the field.
AKYBK Manager, Pn. Norleza Hambali was present to receive the appointment letter.
For information, AKYBK participated in the MBM joint assistance mission in January 2020 in the state of Kelantan during the flooding there, where the assistance and expertise provided was the repair of electrical wiring.