Program: Motivasi Semangat Mendaki - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Pelatih AKYBK Perkasa Minda Melalui NLP Siri 7/12

    KG GESIR TENGAH, 18 April 2025 – Para pelatih dan warga kerja Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) hari ini mengikuti sesi ke-7 Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK.

    Fokus sesi kali ini adalah mengenai SIKAP, dengan penekanan kepada bagaimana sikap positif berpunca daripada kecerdasan emosi (EQ). Lima aspek utama yang dibincangkan termasuk kawalan diri, kesedaran diri, keprihatinan, beralasan dengan motif yang jelas, serta kemahiran komunikasi.

    Program NLP ini merupakan sesi bersiri bulanan yang bertujuan memperkasa minda dan membina kecemerlangan diri dalam kalangan pelatih. Ia juga bakal diperluas ke outlet-outlet YBK lain sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan insan.

    Read more
  • Motivasi NLP AKYBK Gesir - "Rapport"

    KG GESIR TENGAH, 20 Februari 2025 - Telah berlangsung program Motivasi NLP bersama para pelatih Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) Gesir. Sesi disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi NLP YBK.

    Siri kali ini merupakan siri ke-6 dan memberi fokus kepada bagaimana untuk mencipta 'rapport' yang berkesan. Para pelatih didedahkan dengan 5 perkara untuk membina rapport iaitu komunikasi berkesan, sistem representasi, wayang minda, kepercayaan dan saling menghormati.

    Motivasi NLP bersama pelatih AKYBK ini akan dilaksanakan secara berkala bagi memantapkan lagi pemahaman dan keyakinan diri para pelatih. Program motivasi ini juga akan dilaksanakan di outlet-outlet YBK yang lain.

    Laporan disediakan oleh Unit Media Akademi Kemahiran YBK


    Gambar: Facebook Akademi Kemahiran YBK


     

    Read more
  • Motivasi NLP AKYBK Gesir - "Tonggak NLP"

    KG. GESIR TENGAH, 7 Februari 2025 - Hari ini telah berlangsung Motivasi NLP Siri 5: Tonggak NLP 2 yang disertai oleh para pelatih dan karyawan Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi YBK.

    Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pendidikan, Pembangunan Modal Insan & Penyelidikan merangkap Pengurus Pentadbiran YBK), dan saudari Shafiqah Sunazman daripada Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.

    Pengisian bertajuk 'Tonggak NLP 2' yang dipelajari hari ini berkaitan dengan "Wayang Minda". Wayang Minda adalah apa yang kita cipta, dan andaikan menentukan bagaimana cara kita berfikir. Setiap orang mempunyai wayang minda yang berbeza dan sentiasa berubah-berubah. Kita harus meraikan dan sentiasa hormati perbezaan masing-masing.

    Terima kasih Tuan Haji Zulhairy atas perkongsian dan ilmu yang disampaikan.

    Artikel disediakan oleh Unit Media AKYBK

    Read more
  • Sesi Motivasi NLP Bersama Pelatih Akademi Kemahiran YBK

    KG GESIR TENGAH, 3 Januari 2025 - Telah berlangsung pada sebelah pagi, sesi NLP bersama para pelatih Akademi Kemahiran Yayasan Basmi Kemiskinan (AKYBK).

    Sesi yang bermula pada jam 10 pagi selama 2 jam telah dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK. Seluruh pelatih AKYBK seramai 7 orang telah mengikuti sesi ini.

    Para pelatih telah mempelajari dan mengenal ‘Sistem Representasi’ seseorang dan diri sendiri. Selain itu juga, En Zulhairy menyentuh berkenaan kepercayaan diri, wayang minda, sikap dalam bekerja dan bersama rakan-rakan, membina 'rapport' dan mengurus emosi diri.

    Sesi motivasi bersama pelatih AKYBK dirancang untuk dilaksanakan secara bulanan bagi membina semangat pelatih secara berterusan berdasarkan konsep Semangat Mendaki YBK. Sesi turut disertai oleh Pn. Norleza Hambali, Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan, serta karyawan dari YBK Global Camp.

    Laporan disediakan oleh Nur Shafiqah Sunazman


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Motivasi YBK Bersama Pelajar SPM di Pendang, Kedah

    PENDANG, 20 Oktober 2024 - Kumpulan Motivasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berkunjung ke daerah Pendang di negeri Kedah bagi menyampaikan perkongsian motivasi kepada pelajar SPM di dua buah sekolah iaitu SMK Sungai Tiang dan SMK Ayer Puteh Dalam.

    Kali ini sesi berjalan serentak bermula jam 8:30 pagi di mana Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK merangkap Jurulatih Bertauliah NLP) telah mengendalikan sesi di SMK Sungai Tiang, manakala Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) telah mengendalikan sesi di SMK Ayer Puteh Dalam.

    Sesi selama 2 jam 30 minit telah disertai oleh 100 orang pelajar di SMK Sungai Tiang dan lebih 60 orang pelajar di SMK Ayer Puteh Dalam. Pelajar telah didedahkan dengan konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan aplikasinya dalam membentuk kecemerlangan diri.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK'S MOTIVATION TEAM WITH SPM STUDENTS IN PENDANG, KEDAH

    PENDANG, 20 October 2024 - The Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Motivation Team  visited the Pendang district in Kedah to deliver motivation sharing to SPM students in two schools, namely SMK Sungai Tiang and SMK Ayer Puteh Dalam.

    This time the session ran simultaneously starting at 8:30 am where Mr. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK cum NLP Certified Trainer) conducted the session at SMK Sungai Tiang, while Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager) conducted the session at SMK Ayer Puteh Dalam.

    The 2 hour and 30 minute session was attended by 100 students at SMK Sungai Tiang and more than 60 students at SMK Ayer Puteh Dalam. Students were exposed to the concept of Neuro-Linguistic Programming (NLP) and its application in shaping self-excellence.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;