SERENDAH, 28 Mac 2024 - Telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah pada hari ini. Majlis ini juga adalah sempena menyambut Ulang Tahun Ke-34 YBK yang jatuh pada 26hb Mac.

Majlis bermula di surau dengan sesi rakaman Takbir Hari Raya bersama para pelajar outlet pendidikan YBK. Ini disusuli dengan tazkirah oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan doa selamat sementara menunggu waktu Maghrib. Turut hadir, YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK); barisan ALPA iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad; YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah); Ketua-Ketua Jabatan dan Outlet, wakil rakan strategik dan para pelajar outlet pendidikan YBK.

Hadirin berbuka dengan ringkas sebelum solat Maghrib berjemaah, dan kemudian bergerak ke Dewan Utama untuk makan malam. Semasa di Dewan, YBhg. Datin telah meluangkan masa memberi sedikit perkongsian berkenaan pengalaman beliau mewakili YBK di New York, dan YABhg. Tan Sri turut memberikan perkongsian beliau berkenaan idea bagi memantapkan lagi YBK.

YBK turut menerima sumbangan barangan daripada Alumni's Aska, dan acara ringkas memotong kek dan nyanyian lagu 'Sanah Helwah' kepada para karyawan yang menyambut hari lahir pada bulan Mac. Kemudian hadirin bergerak semula ke surau untuk solat Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah, dan Majlis diakhiri dengan jamuan moreh sebelum bersurai.


Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;