Outlet: Asrama Kasih YBK Serendah - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Taklimat Peluang Perniagaan 'Wingport Crispy Wings' Kepada NGO Hulu Selangor

    SERENDAH, 16 September 2026 - Satu taklimat berkenaan peluang perniagaan 'Wingport Crispy Wings' kepada wakil NGO-NGO Hulu Selangor dalam sesi penghargaan kepada pemenang Pertandingan Nasyid Program YBK Berselawat 2026 yang berlangsung akhir bulan Ogos yang lepas.

    Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Haffiz, Pengarah Urusan Kumpulan Chickory Group. Taklimat berkisar berkenaan produk Wingport Crispy Wings dan penerangan pakej permulaan perniagaan untuk makluman hadirin. Pihak Chickory Group turut membuka reruai sebenar dan memberikan sampel produk kepada hadirin untuk dirasa.

    Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom turut mengambil peluang merasai sendiri produk Wingport Crispy Wings yang digoreng segar.

    Pengenalan peluang perniagaan ini merupakan antara inisiatif YBK bagi meningkatkan pendapatan kumpulan sasar khususnya kumpulan B40 dan ke bawah. Chickory Group selaku rakan strategik YBK menyatakan komitmen untuk bersama dalam pembangunan program peningkatan pendapatan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    BRIEFING ON “WINGPORT CRISPY WINGS” BUSINESS OPPORTUNITY FOR HULU SELANGOR NGOS

    SERENDAH, 16 September 2026 – A briefing on the “Wingport Crispy Wings” business opportunity was held for representatives of NGOs in Hulu Selangor as part of an appreciation session for the winners of the YBK Berselawat 2026 Nasyid Competition, which was held at the end of August.

    The briefing was delivered by Ustaz Khairul Haffiz, Group Managing Director of Chickory Group. The session covered the Wingport Crispy Wings product and provided information on the business start-up packages available to participants. Chickory Group also set up an actual booth and distributed product samples for attendees to taste.

    YBK Chairman, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, also took the opportunity to sample the freshly fried Wingport Crispy Wings himself.

    The introduction of this business opportunity is one of YBK’s initiatives to increase the income of its target groups, particularly those from the B40 and lower-income segments. As YBK’s strategic partner, Chickory Group expressed its commitment to supporting the development of the income enhancement programme.

    Read more
  • Program Santuni Kasih Kemerdekaan Dua Generasi Sempena Hari Malaysia

    SERENDAH, 16 September 2026 - Sempena Hari Malaysia, Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah melaksanakan Program Santuni Kasih Kemerdekaan Dua Generasi bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Hulu Selangor dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor.

    Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada sebelah pagi antaranya acara senam sihat, aktiviti 'treasure hunt' serta perarakan kemerdekaan oleh pelajar Asrama Kasih YBK, sebelum acara dilanjutkan di dalam dewan dengan ucapan daripada tetamu kehormat, penyampaian hadiah dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

    Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya memuji pelaksanaan program ini di mana ia telah menjadi 'platform' antara generasi warga emas dan belia untuk melaksanakan aktiviti bersama. Kebersamaan dua generasi ini adalah satu keunikan kerana mereka boleh saling belajar dan memupuk sikap saling menghormati.

    Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK), Encik Shamsul Akhyar Abdullah (Pengerusi PAWE Hulu Selangor), Tuan Chinniah a/l Subramaniam (Ahli Majlis Zon 13 Majlis Perbandaran Hulu Selangor), Dr. Abdul Fatah Hj Khalid dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK) En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, dan wakil serta pegawai daripada Pejabat Kebajikan Daerah Hulu Selangor, Pejabat Belia dan Sukan Hulu Selangor, Jabatan Penerangan Hulu Selangor, Kelab Belia Jatidiri Serendah dan YBK.

    Dalam majlis ini juga, telah dilaksanakan pelancaran Bakeri Asrama Kasih YBK dan pengenalan produk pertamanya iaitu Roti Benggali.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    SANTUNI KASIH KEMERDEKAAN: BRIDGING TWO GENERATIONS IN CONJUNCTION WITH MALAYSIA DAY

    SERENDAH, 16 September 2026 – In conjunction with Malaysia Day, Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) organized the Santuni Kasih Kemerdekaan Dua Generasi programme in collaboration with the Hulu Selangor Senior Citizens Activity Centre (PAWE) and the Hulu Selangor District Social Welfare Office.

    A variety of activities were held in the morning, including a wellness exercise session, a treasure hunt, and a Merdeka parade involving students from Asrama Kasih YBK. The programme continued inside the hall with speeches by the guests of honour, a prize-giving ceremony, and the singing of patriotic songs.

    In his speech, YBK Chairman YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom commended the implementation of the programme, describing it as a platform that brings together senior citizens and young people to participate in activities together. The interaction between the two generations is a unique aspect of the programme, providing opportunities for them to learn from one another and foster mutual respect.

    Also in attendance were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK; Mr. Shamsul Akhyar Abdullah, Chairperson of PAWE Hulu Selangor; Mr. Chinniah a/l Subramaniam, Councillor for Zone 13 of the Hulu Selangor Municipal Council; Dr. Fatah Abdul Khalid and Mr. Zainal Mohd Jais, YBK Board of Trustees members; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; as well as representatives and officers from the Hulu Selangor District Social Welfare Office, Hulu Selangor Youth and Sports Office, Hulu Selangor Information Department, Kelab Belia Jatidiri Serendah, and YBK.

    The event also marked the launch of the Asrama Kasih YBK Bakery, together with the introduction of its first product, Roti Benggali.

    Read more
  • Majlis Sambutan Maulidur Rasul - Malam Cinta Rasul & YBK Berselawat 1448H

    SERENDAH, 25 Ogos 2026 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul "Malam Cinta Rasul & YBK Berselawat" telah diadakan hari ini di Asrama Kasih Serendah YBK bersempena dengan hari kelahiran Rasullullah SAW. Ini merupakan penganjuran kali ke-4 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama dan penglibatan daripada NGO-NGO daerah Hulu Selangor. Hadirin yang terdiri daripada pelajar Asrama Kasih YBK, penduduk setempat, rakan-rakan NGO, sukarelawan, alumni YBK serta karyawan telah memenuhi ruang dewan dan khemah yang disediakan.

    Majlis dimulakan dengan alunan qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Ahbabul Habib diikuti dengan ucapan aluan daripada YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Ini disusuli dengan tausiah daripada Syeikh Mahmoud Al Wosabi yang telah menceritakan sirah Rasulullah SAW serta mukjizat kenabian baginda. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK - Encik Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib dan Encik Zainal Mohd Jais; YBhg. Datin Dr. Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK); YBhg. Senator Datuk Rosni binti Sohar (Ahli Dewan Negara); YBhg. Datuk Mohd Isa Abu Kasim; serta tetamu daripada Medan (Indonesia) - Prof. Madya Dr. H. Lukman Hakim (Ketua Pembina Yayasan Pendidikan & Pembangunan Dzurriyyatun Thoyyibah).

    Alunan selawat, qasidah, doa dan tausiah terus bergema hingga ke penghujung majlis, membangkitkan suasana penuh syahdu dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Nasyid NGO Hulu Selangor yang telah berlangsung pada sebelah petang.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    MAWLID AL-RASUL CELEBRATION – “MALAM CINTA RASUL & YBK BERSELAWAT 1448H”

    SERENDAH, 25 August 2026 – The Mawlid al-Rasul Celebration, “Malam Cinta Rasul & YBK Berselawat”, was held today at Asrama Kasih YBK Serendah in conjunction with the birth anniversary of Prophet Muhammad ﷺ. This marked the fourth edition of the program organized by Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) in collaboration with and with the participation of NGOs from the Hulu Selangor district.

    The event was attended by students of Asrama Kasih YBK, local residents, NGO partners, volunteers, YBK alumni, and staff, who filled the hall and tents prepared for the occasion.

    The program began with qasidah and selawat performances by the Ahbabul Habib Qasidah Group, followed by a welcoming address by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. This was followed by a tausiah (religious lecture) delivered by Sheikh Mahmoud Al Wosabi, who shared insights into the sirah (life and biography) of Prophet Muhammad ﷺ and the miracles associated with his prophethood.

    Also in attendance were YBK Board of Trustees members – Mr. Zulhairy Jalaluddin, Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, and Mr. Zainal Mohd Jais; YBhg. Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK; YBhg. Senator Datuk Rosni binti Sohar, Member of the Senate; YBhg. Datuk Mohd Isa Abu Kasim; as well as a guest from Medan, Indonesia, Associate Professor Dr. H. Lukman Hakim, Head of the Board of Trustees of Yayasan Pendidikan & Pembangunan Dzurriyyatun Thoyyibah.

    The recitation of selawat, qasidah, prayers, and the religious lecture continued throughout the evening, creating a deeply moving atmosphere filled with reverence and love for Prophet Muhammad ﷺ. The event concluded with the presentation of prizes to the winners of the Hulu Selangor NGO Nasyid Competition, which had been held earlier that afternoon.

    Read more
  • Pertandingan Nasyid NGO Daerah Hulu Selangor Sempena Maulidur Rasul

    SERENDAH, 25 Ogos 2026 - Sempena program Majlis Sambutan Maulidur Rasul "Malam Cinta Rasul & YBK Berselawat" 1448H, telah diadakan Pertandingan Nasyid NGO-NGO Hulu Selangor pada sebelah petang.

    Pertandingan kali pertama ini menampilkan hadiah wang tunai, sijil dan piala pusingan Dato' Zainal Abidin Sakom kepada juara keseluruhan. Sebanyak 8 kumpulan nasyid telah bertanding dengan mendendangkan lagu wajib "Junjungan Mulia" dan satu lagu pilihan.

    Pengerusi Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Pengerusi Program Maulidur Rasul, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman hadir menyaksikan persembahan setiap kumpulan. Turut hadir, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), penyokong kumpulan serta masyarakat setempat.

    Juri yang menilai persembahan melihat kepada empat perkara utama iaitu keharmonian vokal, sebutan lirik, kreativiti persembahan, serta penghayatan dalam pemberian markah. Setiap kumpulan yang bertanding telah memberikan persembahan bertenaga.

    Keputusan pertandingan diumumkan pada sesi sebelah malam dengan edisi pertama pertandingan telah dimenangi oleh Kumpulan Azzahra Mawaddah dari NGO Zarra Fitness. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Isa Abu Kasim bersama YB Senator Datuk Rosni binti Sohar (Ahli Dewan Negara).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    HULU SELANGOR NGO NASYID COMPETITION ENLIVENS MAWLID AL-RASUL CELEBRATION

    SERENDAH, 25 August 2026 – In conjunction with the Mawlid al-Rasul Celebration, “Malam Cinta Rasul & YBK Berselawat” 1448H, the Hulu Selangor NGO Nasyid Competition was held in the afternoon.

    The inaugural competition featured cash prizes, certificates, and the Dato' Zainal Abidin Sakom Challenge Trophy for the overall champion. A total of eight nasyid groups competed, performing the compulsory song “Junjungan Mulia” as well as one song of their choice.

    YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and Chairperson of the Mawlid al-Rasul Program, attended the event and witnessed the performances by each participating group. Also present were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, supporters of the participating groups, and members of the local community.

    The judging panel evaluated the performances based on four key criteria: vocal harmony, lyric pronunciation, performance creativity, and overall expression and interpretation. Each participating group delivered an energetic and engaging performance.

    The results were announced during the evening session, with the inaugural competition won by Azzahra Mawaddah, representing Zarra Fitness NGO. The prizes were presented by YBhg. Datuk Mohd Isa Abu Kasim together with YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Member of the Dewan Negara.

    Read more
  • Mesyuarat Penyelarasan Program YBK Berselawat 2026

    SERENDAH, 14 Julai 2026 - Telah berlangsung mesyuarat penyelarasan yang pertama untuk Program YBK Berselawat 2026 sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2026 nanti.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih Serendah YBK merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan telah dihadiri oleh lebih 20 orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hulu Selangor.

    Urusan yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah bersabitan dengan cadangan pengisian program, pemilihan dan pelantikan jawatankuasa kecil, dan juga peranan serta tugasan setiap NGO pada hari program nanti. Mesyuarat lanjutan akan diadakan dari masa ke semasa bagi memperkemas persiapan menjelang hari program.

    Turut hadir, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah), dan Ketua Jabatan Pentadbiran YBK serta Ketua Jabatan Media dan Perhubungan Awam YBK.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COORDINATION MEETING FOR THE YBK BERSELAWAT 2026 PROGRAM

    SERENDAH, 14 July 2026 – The first coordination meeting for the YBK Berselawat 2026 program, to be held in conjunction with the Mawlid al-Rasul (Prophet Muhammad's Birthday) celebration in August 2026, was conducted today.

    The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK Serendah and Administrative Advisor to Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). It was attended by more than 20 representatives from non-governmental organizations (NGOs) across the Hulu Selangor district.

    Discussions focused on the proposed program content, the selection and appointment of subcommittee members, as well as the roles and responsibilities of each participating NGO during the event. Follow-up meetings will be held periodically to further refine preparations ahead of the program.

    Also in attendance were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Ms. Halimaton Saadiah (Principal of Asrama Kasih YBK Serendah), as well as the Head of the YBK Administration Department and the Head of the YBK Media and Public Relations Department.

    Read more
  • Bicara Bapak - Siri 3

    SERENDAH, 30 Jun 2026 – Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom telah menyampaikan sesi perkongsian ilmu dan motivasi menerusi program bulanan “Bicara Bapak”, sebuah platform yang diwujudkan untuk memberi inspirasi, bimbingan dan pengisian ilmu kepada warga Asrama Kasih YBK. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa latar belakang kehidupan bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan, sebaliknya kejayaan bergantung kepada semangat juang, kesungguhan dan keazaman seseorang untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

    Beliau turut menghuraikan konsep “tuntut” dalam kehidupan, dengan menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai amanah dan tanggungjawab yang berbeza mengikut peranan masing-masing. Sebagai pelajar, tuntutan utama ialah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan menghormati guru, manakala ibu bapa pula bertanggungjawab mencari rezeki yang halal serta mendidik anak-anak agar menjadi insan berakhlak dan berjasa kepada masyarakat.

    Mengakhiri perkongsian, Dato’ Haji Zainal Abidin menegaskan bahawa Islam bukan sekadar menggalakkan umatnya belajar, malah menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan, pengorbanan dan komitmen. Program “Bicara Bapak” terus menjadi platform penting YBK dalam membentuk pemikiran, sahsiah dan motivasi generasi muda agar terus melakar kejayaan melalui kekuatan ilmu, pendidikan dan pembangunan diri.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


    YBK CHAIRMAN INSPIRES STUDENTS THROUGH THE “BICARA BAPAK” MONTHLY SESSION

    SERENDAH, 30 June 2026 – The Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, delivered a knowledge-sharing and motivational session through the monthly “Bicara Bapak” program, a platform established to inspire, guide, and enrich the students of Asrama Kasih YBK. In his address, he emphasized that one’s background should never be viewed as a barrier to success. Instead, success depends on an individual’s determination, perseverance, and commitment to improving their own life and that of their family.

    He also elaborated on the concept of “tuntut” (obligation or pursuit) in life, explaining that every individual has different responsibilities according to their role. For students, the primary obligation is to pursue knowledge diligently while showing respect to their teachers. Parents, on the other hand, are responsible for earning a lawful livelihood and nurturing their children to become individuals of good character who contribute positively to society.

    In concluding his sharing session, Dato’ Haji Zainal Abidin stressed that Islam not only encourages the pursuit of knowledge but also calls upon its followers to seek it with dedication, sacrifice, and unwavering commitment. The “Bicara Bapak” program continues to serve as an important YBK platform for shaping the mindset, character, and motivation of the younger generation, empowering them to achieve success through knowledge, education, and personal development.

    Read more
  • Asrama Kasih YBK Hadir Konsert Orkestra Remaja Sekolah Siri 2 Anjuran DBKL

    KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 – Seramai 36 orang pelajar Asrama Kasih YBK yang juga merupakan pelajar SMK Serendah telah menghadiri Konsert Orkestra Sekolah Siri 2 yang berlangsung di Auditorium 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena Festival Orkestra Kuala Lumpur. Program yang menghimpunkan bakat-bakat muda daripada sekolah-sekolah di bawah Program Sekolah Mampan LA21KL ini bertujuan memartabatkan seni muzik instrumental tempatan serta memberi ruang kepada generasi muda untuk menghayati seni dan budaya negara.

    Seramai 8 orang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah telah terlibat dalam persembahan pembukaan menerusi demonstrasi silat yang berlatarbelakangkan lagu tradisional Ulik Mayang. Persembahan tersebut berjaya menarik perhatian penonton dan menampilkan keunikan warisan budaya Melayu dalam suasana yang penuh harmoni. Manakala selebihnya hadir sebagai penonton bagi memberikan sokongan kepada para peserta dan menikmati persembahan orkestra yang dipersembahkan oleh sekolah-sekolah yang terlibat. Turut bersama hadir iaitu YBhg. Datin Dr. Hjh Hartini Osman,Pengerusi Asrama Kasih sebagai VIP jemputan.

    Penyertaan dan kehadiran pelajar dalam program seperti ini memberi peluang kepada mereka untuk menambah pengalaman, menghayati nilai seni budaya serta memupuk semangat kebersamaan dan jati diri. Pihak Asrama Kasih YBK berharap lebih banyak program seumpama ini dapat disertai pada masa akan datang demi pembangunan bakat dan potensi pelajar secara menyeluruh.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


    ASRAMA KASIH YBK STUDENTS ATTEND DBKL SCHOOL YOUTH ORCHESTRA CONCERT SERIES 2

    KUALA LUMPUR, 24 June 2026 – A total of 36 students from Asrama Kasih YBK, who are also students of SMK Serendah, attended the School Youth Orchestra Concert Series 2 held at Auditorium 1, Kuala Lumpur City Hall (DBKL) in conjunction with the Kuala Lumpur Orchestra Festival.

    The program brought together talented young musicians from schools participating in the LA21KL Sustainable Schools Programme. It aimed to promote local instrumental music while providing young people with an opportunity to appreciate Malaysia’s arts and cultural heritage.

    Eight students from Asrama Kasih YBK Serendah took part in the opening performance, presenting a silat demonstration accompanied by the traditional Malay song Ulik Mayang. Their performance captivated the audience and beautifully showcased the richness of Malay cultural heritage in a harmonious setting. The remaining students attended as audience members, showing their support for the participants while enjoying the orchestral performances presented by the participating schools. Also in attendance as a distinguished guest was YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK.

    Participation in programs such as this provides students with valuable opportunities to broaden their experiences, deepen their appreciation of arts and culture, and strengthen their sense of unity and identity. Asrama Kasih YBK hopes that its students will have the opportunity to participate in more programs of this nature in the future to further develop their talents and realize their full potential.

    Read more
  • Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Asrama Kasih Serendah Ke-33

    SERENDAH/SIDANG VIDEO, 23 Jun 2026 – Asrama Kasih YBK Serendah telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran dan Bacaan Yasin sempena ulang tahun penubuhan kali ke-33 yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom. Majlis ini dianjurkan oleh pihak Asrama Kasih YBK Serendah dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai tanda kesyukuran atas perjalanan 33 tahun penubuhan Asrama Kasih YBK Serendah serta bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga asrama, alumni dan para jemputan.

    Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan secara dalam talian, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden Alumni Asrama Kasih YBK Serendah, diikuti ucapan Pengurus Asrama Kasih YBK Serendah serta ucapan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini binti Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih YBK. Majlis kemudiannya diserikan dengan ucapan YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan doa kesyukuran yang dipimpin secara beramai-ramai oleh para peserta majlis.

    Program diakhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian sebelum majlis bersurai pada jam 10.00 malam. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat atas komitmen menjayakan majlis ini. Penganjuran majlis ini diharapkan dapat terus memperkukuh ukhuwah, menyemai rasa kesyukuran serta menyokong kecemerlangan Asrama Kasih YBK Serendah pada masa akan datang.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


    THANKSGIVING PRAYER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 33RD ANNIVERSARY OF ASRAMA KASIH YBK SERENDAH

    SERENDAH / VIDEO CONFERENCE, 23 June 2026 – Asrama Kasih YBK Serendah organized a Thanksgiving Prayer Ceremony and Yasin Recitation in conjunction with its 33rd anniversary, held virtually via the Zoom platform. The event was organized by Asrama Kasih YBK Serendah in collaboration with Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) as an expression of gratitude for the institution’s 33 years of service, while also strengthening the bonds of friendship among the hostel community, alumni, and invited guests.

    The ceremony began with the virtual arrival of participants, followed by welcoming remarks from the master of ceremonies. This was followed by speeches from the President of the Asrama Kasih YBK Serendah Alumni Association, the Manager of Asrama Kasih YBK Serendah, and YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini binti Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK. The event was further honored with an address by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). The program then continued with the recitation of Surah Yasin and a Thanksgiving Prayer, led collectively by the participants.

    The event concluded with a virtual group photo session before ending at 10:00 p.m. The organizing committee expressed its sincere appreciation to everyone who contributed to the success of the ceremony. It is hoped that this annual gathering will continue to strengthen the spirit of ukhuwah (brotherhood), cultivate gratitude, and support the continued excellence of Asrama Kasih YBK Serendah in the years to come.

    Read more
  • Program Pemeriksaan Mata Dan Ceramah Motivasi Di Asrama Kasih YBK Serendah

    SERENDAH, 16 Mei 2026 – Program Eye Screening & Motivation Talk bertemakan “Adab Dulu, Baru Berjaya” telah berlangsung dengan jayanya di Asrama Kasih YBK Serendah menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan beberapa rakan kolaborasi, termasuk Rotary International dan Yes Optical NSK Rawang.

    Program ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan penghuni asrama, di samping memberikan suntikan motivasi serta menerapkan nilai adab, disiplin dan pembentukan sahsiah sebagai asas penting ke arah kejayaan dalam kehidupan.

    Antara pengisian utama program ialah pemeriksaan mata percuma yang disediakan kepada para pelajar bagi membantu mengesan sebarang masalah penglihatan pada peringkat awal. Selain itu, sesi ceramah motivasi turut diadakan dengan memberi penekanan terhadap kepentingan pembentukan karakter, amalan hormat-menghormati, disiplin diri serta tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

    Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dr. Hajah Norashekin binti Haji Daud, Pengerusi Parlimen Tampin NGO BARA Malaysia merangkap Exco Tugas Khas Presiden NGO BARA Malaysia, yang telah menyampaikan sesi motivasi kepada para pelajar. Dalam perkongsian beliau, para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan adab sebagai tunjang utama dalam mencapai kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah dan kejayaan masa depan.

    Pihak Asrama Kasih YBK Serendah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Komitmen dan sumbangan yang diberikan mencerminkan semangat kebersamaan dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan generasi muda. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi yang sihat, berakhlak mulia, berdisiplin dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi YBK untuk membangunkan masyarakat yang cemerlang dan sejahtera.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


    EYE SCREENING AND MOTIVATIONAL TALK PROGRAM AT ASRAMA KASIH YBK SERENDAH

    SERENDAH, 16 May 2026 – The Eye Screening & Motivation Talk Program, themed “Adab Dulu, Baru Berjaya” (Character First, Then Success), was successfully held at Asrama Kasih YBK Serendah through a strategic collaboration between Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and several partner organizations, including Rotary International and Yes Optical NSK Rawang.

    The program was organized to raise awareness of the importance of eye health care among hostel residents, while also providing motivation and instilling values of good character, discipline, and personal development as essential foundations for success in life.

    One of the key components of the program was a free eye screening service for students, aimed at identifying potential vision problems at an early stage. In addition, a motivational talk was conducted, emphasizing the importance of character building, mutual respect, self-discipline, and personal responsibility in everyday life.

    The program was further enhanced by the presence of Dr. Hajah Norashekin binti Haji Daud, Chairperson of the Tampin Parliamentary NGO BARA Malaysia and Special Duties Executive Committee Member to the President of NGO BARA Malaysia, who delivered the motivational session to the students. During her presentation, participants were given valuable insights into the importance of good character and manners as the cornerstone of academic excellence, personal development, and future success.

    The management of Asrama Kasih YBK Serendah extends its highest appreciation and gratitude to all parties who contributed their support and cooperation in making the program a success. Their commitment and contributions reflect a strong spirit of collaboration in empowering the development of the younger generation.

    It is hoped that similar programs will continue to be organized in the future to nurture a generation that is healthy, well-mannered, disciplined, and competitive, in line with YBK’s aspiration of building an excellent and prosperous society.

    Read more
  • Jamuan Yee Sang Eratkan Perpaduan Di Asrama Kasih

    SERENDAH, 18 Januari 2026 - Suasana penuh kemeriahan dan semangat perpaduan jelas dirasai dalam Majlis Jamuan Yee Sang yang berlangsung di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), di sini, pada Ahad. Majlis dianjurkan bagi memberi pendedahan budaya serta memupuk nilai keharmonian. Program ini turut mendapat sokongan padu para penyumbang yang prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan sahsiah pelajar.

    Antara penaja yang hadir ialah Puan Lyn Siew bersama keluarga dari Syarikat Ruyi Restoran yang telah menaja sebanyak 25 pek Yee Sang. Big Onion Catering pula menyumbangkan makanan tengah hari, manakala Casey Seow dan keluarga menyampaikan sumbangan makanan ringan kepada para pelajar. Ucapan aluan disampaikan oleh Puan Halimaton Saadiah yang mewakili YBhg. Dato’ Pengerusi YBK serta Datin Pengerusi Asrama Kasih YBK, sambil merakamkan penghargaan atas kehadiran dan sokongan para penyumbang. Puan Lyn Siew turut berkongsi penerangan mengenai adat serta cara menikmati Yee Sang mengikut tradisi masyarakat Cina, sekali gus memberi pengalaman pembelajaran silang budaya kepada para pelajar.

    Sebagai penutup, Puan Lyn Siew menyampaikan duit 'angpau' kepada semua pelajar, sekali gus menceriakan lagi suasana. Para penyumbang melahirkan rasa gembira dapat bersama anak-anak ASKA YBK dan menyatakan kesediaan untuk terus menyokong program ASKA YBK pada masa hadapan.

    - Berita disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YEE SANG LUNCHEON STRENGTHENS UNITY AT ASRAMA KASIH

    SERENDAH, 18 January 2026 – A lively atmosphere filled with the spirit of unity was clearly felt during the Yee Sang Luncheon held at Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) here on Sunday.

    The event was organized to provide cultural exposure and to nurture values of harmony among the students. The program also received strong support from contributors who are deeply concerned about the welfare and character development of the students.

    Among the sponsors present was Ms. Lyn Siew and her family from Ruyi Restaurant, who sponsored 25 sets of Yee Sang. Big Onion Catering contributed lunch for the event, while Casey Seow and family donated snacks to the students. A welcoming address was delivered by Ms. Halimaton Saadiah, representing YBhg. Dato’, Chairman of YBK, and the Chairperson of Asrama Kasih YBK, during which she expressed heartfelt appreciation for the presence and support of the contributors. Ms. Lyn Siew also shared an explanation of the customs and proper way of enjoying Yee Sang according to Chinese tradition, providing the students with a meaningful cross-cultural learning experience.

    As a closing gesture, Ms. Lyn Siew presented “angpau” (red packets) to all students, further enlivening the atmosphere. The contributors expressed their happiness at being able to spend time with the ASKA YBK students and conveyed their willingness to continue supporting ASKA YBK programs in the future.

    — News prepared by the Media Unit of Asrama Kasih YBK Serendah.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;