SERENDAH, 30 Jun 2026 – Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom telah menyampaikan sesi perkongsian ilmu dan motivasi menerusi program bulanan “Bicara Bapak”, sebuah platform yang diwujudkan untuk memberi inspirasi, bimbingan dan pengisian ilmu kepada warga Asrama Kasih YBK. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa latar belakang kehidupan bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan, sebaliknya kejayaan bergantung kepada semangat juang, kesungguhan dan keazaman seseorang untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Beliau turut menghuraikan konsep “tuntut” dalam kehidupan, dengan menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai amanah dan tanggungjawab yang berbeza mengikut peranan masing-masing. Sebagai pelajar, tuntutan utama ialah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan menghormati guru, manakala ibu bapa pula bertanggungjawab mencari rezeki yang halal serta mendidik anak-anak agar menjadi insan berakhlak dan berjasa kepada masyarakat.

Mengakhiri perkongsian, Dato’ Haji Zainal Abidin menegaskan bahawa Islam bukan sekadar menggalakkan umatnya belajar, malah menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan, pengorbanan dan komitmen. Program “Bicara Bapak” terus menjadi platform penting YBK dalam membentuk pemikiran, sahsiah dan motivasi generasi muda agar terus melakar kejayaan melalui kekuatan ilmu, pendidikan dan pembangunan diri.


Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


YBK CHAIRMAN INSPIRES STUDENTS THROUGH THE “BICARA BAPAK” MONTHLY SESSION

SERENDAH, 30 June 2026 – The Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, delivered a knowledge-sharing and motivational session through the monthly “Bicara Bapak” program, a platform established to inspire, guide, and enrich the students of Asrama Kasih YBK. In his address, he emphasized that one’s background should never be viewed as a barrier to success. Instead, success depends on an individual’s determination, perseverance, and commitment to improving their own life and that of their family.

He also elaborated on the concept of “tuntut” (obligation or pursuit) in life, explaining that every individual has different responsibilities according to their role. For students, the primary obligation is to pursue knowledge diligently while showing respect to their teachers. Parents, on the other hand, are responsible for earning a lawful livelihood and nurturing their children to become individuals of good character who contribute positively to society.

In concluding his sharing session, Dato’ Haji Zainal Abidin stressed that Islam not only encourages the pursuit of knowledge but also calls upon its followers to seek it with dedication, sacrifice, and unwavering commitment. The “Bicara Bapak” program continues to serve as an important YBK platform for shaping the mindset, character, and motivation of the younger generation, empowering them to achieve success through knowledge, education, and personal development.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;