- Hit: 14
SERENDAH, 14 Julai 2026 - Telah berlangsung mesyuarat penyelarasan yang pertama untuk Program YBK Berselawat 2026 sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2026 nanti.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih Serendah YBK merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan telah dihadiri oleh lebih 20 orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hulu Selangor.
Urusan yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah bersabitan dengan cadangan pengisian program, pemilihan dan pelantikan jawatankuasa kecil, dan juga peranan serta tugasan setiap NGO pada hari program nanti. Mesyuarat lanjutan akan diadakan dari masa ke semasa bagi memperkemas persiapan menjelang hari program.
Turut hadir, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah), dan Ketua Jabatan Pentadbiran YBK serta Ketua Jabatan Media dan Perhubungan Awam YBK.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
COORDINATION MEETING FOR THE YBK BERSELAWAT 2026 PROGRAM
SERENDAH, 14 July 2026 – The first coordination meeting for the YBK Berselawat 2026 program, to be held in conjunction with the Mawlid al-Rasul (Prophet Muhammad's Birthday) celebration in August 2026, was conducted today.
The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK Serendah and Administrative Advisor to Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). It was attended by more than 20 representatives from non-governmental organizations (NGOs) across the Hulu Selangor district.
Discussions focused on the proposed program content, the selection and appointment of subcommittee members, as well as the roles and responsibilities of each participating NGO during the event. Follow-up meetings will be held periodically to further refine preparations ahead of the program.
Also in attendance were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Ms. Halimaton Saadiah (Principal of Asrama Kasih YBK Serendah), as well as the Head of the YBK Administration Department and the Head of the YBK Media and Public Relations Department.
