Outlet: Asrama Kasih YBK Gesir - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Alumni Asrama Kasih YBK Sumbang Juadah Berbuka Puasa

    KG GESIR TENGAH, 28 Mac 2025 - Hari ini alumni Asrama Kasih YBK telah berbesar hati menyumbang juadah berbuka puasa kepada anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir, mengambil barakah sempena bulan Ramadan.

    Alhamdulillah, anak-anak ASKA Gesir telah merasai berbuka dengan juadah berupa ayam 'Marrybrown' dan juga 'Domino Pizza'. Semoga alumni Asrama Kasih YBK yang menaja juadah berbuka puasa ini dimurahkan rezeki dan diberi pahala berlipat ganda kerana sabda Rasulullah SAW ada menyebutkan berkenaan kelebihan orang yang memberi makan orang yang berpuasa (berbuka).

    Salah satu kegembiraan yang bermakna adalah apabila tiba waktu berbuka puasa.

    Read more
  • Majlis Berbuka Puasa Dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Ke-35 YBK

    KG. GESIR TENGAH, 26 Mac 2025 - Sempena ulang tahun ke-35 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang jatuh pada hari ini, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Doa Selamat yang diadakan di Asrama Kasih YBK Gesir, melibatkan kehadiran lebih 100 orang tetamu.

    Fokus utama Majlis ini selain daripada menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT, adalah untuk meraikan para karyawan dan tetamu dengan jamuan berbuka puasa, solat berjemaah dan moreh istimewa yang disediakan oleh Dapur YBK.

    Dalam Majlis ini juga, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandangan antara YBK bersama ZamZam D’Berkat Enterprise berkenaan kerjasama projek Penghasilan Al-Quran Bertulis Tangan Menggunakan Air ZamZam - yang pertama di Malaysia.

    Ustaz Abdul Halim Mohammed Omar, Pengarah ZamZam D’Berkat merangkap penulis telah memberikan penerangan berkenaan bagaimana ayat suci Al-Quran ditulis menggunakan air Zam Zam, dan membawa bersama beberapa karya beliau untuk dilihat sendiri oleh hadirin.

    Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Hj. Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama YBK, dan berharap agar YBK akan terus hidup dan relevan sepanjang zaman. Turut hadir adalah ALPA YBK - Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, juga YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih YBK.

    Turut berlangsung selepas selesai solat tarawih dan witir berjemaah adalah penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir, pelancaran Baju Batik baharu ASKA, penyampaian hadiah penghargaan kepada dua orang karyawan YBK yang telah menamatkan tugas.

    Majlis diakhiri dengan rakaman Takbir dan Ucapan Hari Raya Aidilfitri, serta jamuan moreh.

    Read more
  • Anak-Anak ASKA Gesir Beli Kasut Dan Baju Hari Raya

    SUBANG JAYA, 15 Mac 2025 - Anak-anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Gesir (ASKA Gesir) hari ini telah diraikan dengan dibawa untuk membeli baju dan kasut Hari Raya di Pasar Raya Mydin Subang Jaya.

    Tajaan baju dan kasut Hari Raya ini adalah daripada Puan Sri Hajah Zurina, Puan Hajah Mona, Puan Hajah Lin dan rakan-rakan beliau. Selepas selesai memilih dan membeli baju dan kasut, anak-anak ASKA Gesir ini turut menerima duit raya.

    Kepada para penyumbang budiman, kami doakan semoga sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebaikan & kesihatan, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat & bertambah rezeki yang barakah.

    Read more
  • Sesi Pendaftaran Pelajar Asrama Kasih YBK 2025

    SERENDAH, 11 Februari 2025 - Telah berlangsung Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu dan Perasmian Minggu Orientasi Asrama Kasih YBK 2025. Seramai 48 orang pelajar baru terdiri dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 telah ditawarkan kemasukan ke Asrama Kasih YBK Serendah.

    Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan. YBhg. Dato' mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa penjaga yang anaknya ditawarkan ke Asrama Kasih. Harapan beliau agar semua anak- anak belajar hidup berdikari dan mengembangkan fikiran untuk menjadi insan yang berilmu, berbudaya dan bermutu.

    Turut hadir, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK), wakil daripada Balai Polis Serendah, dan Tn. Hj. Abdul Majid (Sukarelawan Guru).

    Minggu Orientasi bermula dari 11 sehingga 17hb Februari 2025. Pelajar baru akan diberikan latihan dan bimbingan dari barisan kepimpinan Pengawas Asrama Kasih YBK iaitu seramai 24 orang.

    Artikel disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK

    Read more
  • Lawatan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM Ke Asrama Kasih YBK Gesir

    Laporan asal disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Gesir

    KG GESIR TENGAH, 19 Oktober 2024 - Hari ini kami menerima tetamu dari Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM). Delegasi diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Surgeri, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Halim dan kumpulannya. Ketika dalam perjalanan ke Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir), bas yang membawa rombongan HPKK UKM mengalami masalah di RnR Rawang dan digantikan dengan bas yang lain. Cabaran yang berlaku ini tidak mematahkan semangat mereka untuk menyantuni anak-anak Asrama Kasih.

    Program dimulakan dgn ucapan oleh Pengarah program, Encik Mohd Zaini Hj Ahmad Zabidi (Ketua Jabatan Pembangunan Prasarana, HPKK UKM), disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Timbalan Pengarah secara santai. Kemudian, anak-anak ASKA Gesir diberi taklimat kesihatan oleh Puan Nur Afiqah Karim Ghani dan Encik Muhammad Faris Suliman.

    Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan tekanan darah, mengukur tinggi, dan berat badan. Dapatan daripada pemeriksaan kesihatan ini akan dilanjutkan dengan tindakan yang sesuai setelah berbincang dengan pakar. Program berakhir sekitar jam 4 petang dengan penyampaian beg sekolah kepada dan kit penjagaan diri, dan sesi penyampaian cendera hati antara HPKK UKM & ASKA Gesir.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Gesir


     

    Read more
  • Asrama Kasih YBK Terima Sumbangan Daripada Lear Corporation Malaysia

    Laporan disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Gesir

    KG GESIR TENGAH, 10 Oktober 2024 - Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) hari ini telah menerima sumbangan daripada Lear Corporation Malaysia yang berpejabat di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

    Seramai lapan (8) orang kakitangan telah hadir menghantar barang-barang kering untuk keperluan memasak seperti minyak masak, susu, dan seumpamanya. ASKA Gesir melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Lear Corporation Malaysia atas sumbangan yang diberikan.

    Lear Corporation Malaysia merupakan pembekal barangan automotif seperti kerusi kenderaan untuk jenama-jenama automotif terkemuka seperti Mercedes-Benz dan BMW.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Gesir


     

    Read more
  • Asrama Kasih YBK Terima Sumbangan Daripada Kerry Group Malaysia

    Laporan disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Gesir

    KG GESIR TENGAH, 10 Oktober 2024 - Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) hari ini telah menerima lawatan dan juga sumbangan daripada Kerry Group Malaysia.

    Sumbangan disampaikan oleh Tuan Syed Azmi bersama-sama rakan-rakan dan diterima oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua ASKA Gesir). Nilai sumbangan ini adalah untuk pembelian barang-barang dapur ASKA Gesir.

    ASKA Gesir melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerry Group Malaysia atas sumbangan yang diberikan.

    Read more
  • Taklimat Kemasukan Asrama Kasih YBK 2022

    27 JANUARI 2022 - Petang ini telah berlangsung sesi Taklimat Kemasukan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan 2022 dengan penyertaan daripada wakil-wakil sekolah, PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pimpinan belia dan alumni melalui platform tele-sidang Zoom. Sesi turut dipancarkan secara langsung melalui FB YBK.

    Sesi dikendalikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi ASKA YBK. Taklimat yang berkisar berkenaan latar belakang Asrama Kasih dan kaedah permohonan telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih Ybk Serendah) dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan  (Pengetua Asrama Kasih Gesir).

    Turut hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Pengurus-Pengurus Jabatan dan para karyawan YBK.

    Rakaman sesi boleh ditonton di pautan ini

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;