Laporan asal disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Gesir

KG GESIR TENGAH, 19 Oktober 2024 - Hari ini kami menerima tetamu dari Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM). Delegasi diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Surgeri, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Halim dan kumpulannya. Ketika dalam perjalanan ke Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir), bas yang membawa rombongan HPKK UKM mengalami masalah di RnR Rawang dan digantikan dengan bas yang lain. Cabaran yang berlaku ini tidak mematahkan semangat mereka untuk menyantuni anak-anak Asrama Kasih.

Program dimulakan dgn ucapan oleh Pengarah program, Encik Mohd Zaini Hj Ahmad Zabidi (Ketua Jabatan Pembangunan Prasarana, HPKK UKM), disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Timbalan Pengarah secara santai. Kemudian, anak-anak ASKA Gesir diberi taklimat kesihatan oleh Puan Nur Afiqah Karim Ghani dan Encik Muhammad Faris Suliman.

Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan tekanan darah, mengukur tinggi, dan berat badan. Dapatan daripada pemeriksaan kesihatan ini akan dilanjutkan dengan tindakan yang sesuai setelah berbincang dengan pakar. Program berakhir sekitar jam 4 petang dengan penyampaian beg sekolah kepada dan kit penjagaan diri, dan sesi penyampaian cendera hati antara HPKK UKM & ASKA Gesir.


Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Gesir


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;