- Hit: 1791
KELANTAN, 28 & 29 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah mengadakan kunjungan di kediaman 12 keluarga di sekitar Kota Bharu, Kelantan untuk menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR). Proses serahan mengambil masa dua hari dan telah dibantu oleh Encik Wan Badruddin Wan Omar, Guru Besar SK Abdul Hadi dan Encik Che Yahya Che Harun, Kaunselor SMK Penambang. Keluarga yang menerima adalah;
28 Mei 2016 - Mohd Zulkiflee Mohd Ariffin dari Kg Kubor Banggol, hanya pembantu mengangkat barang dari lori dengan pendapatan RM 400 sebulan sejak 7 tahun lalu. Isteri tidak bekerja demi menggalas tanggungjawab menjaga keperluan 6 orang anak dirumah. 5 orang anak pasangan ini masih bersekolah. Sumbangan SKR oleh En. Zulfikar Hashman telah disampaikan oleh Guru besar SK Abdul Hadi, Encik Wan Badruddin Wan Omar.
28 Mei 2016 - Kehidupan pasangan ini, Mohd Rozaimi dan Nor Akmaniza dari Kg Perupok diuji apabila 2 dari anak mereka mengalami masalah kesihatan yang kronik. Anak ke-3, Muhammad Azim mempunyai masalah injap jantung tersumbat dan anak bongsunya pula mengalami penyakit misteri. Mereka tinggal 'dibawah rumah' dengan sewa RM80 sebulan. Anak sulung, Alya kerap tidak ke sekolah kerana membantu ibu menjaga adik-adiknya sementara ibu menjaja di Pasar Kg Cina. Pendapatan Mohd Rozaimi sebagai buruh yang tidak menentu menyebabkan Nor Akmaniza terpaksa membantu suaminya dalam mencari rezeki bagi menampung keperluan 3 anaknya yang masih bersekolah. Sumbangan SKR kepada keluarga ini ditaja oleh Zulfikar Hashman dan disampaikan oleh Gurubesar SK Abdul Hadi, En. Wan Badruddin Wan Omar.
28 Mei 2016 - "Saya akan usaha dan akan hantar anak saya walau jauh mana pun untuk belajar,saya tak nak anak-anak susah macam saya", tekad En. Mohd Amin bin Omar dari Kg Tok Betek dalam menyediakan pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya. Anak ke-3 dari 4 beradik, Muhammad Aliff Firdaus adalah pelajar harapan cemerlang SK Abdul Hadi. Mohd Amin hanya seorang buruh kasar dibantu oleh isteri, Pn.Wan Rosliyana Wan Sidik mengambil upah membuat kuih simpul dengan upah RM2 sebungkus. Sumbangan SKR oleh En Zulfikar Hashman di sampaikan oleh En. Wan Badruddin Wan Omar, Guru Besar SK Abdul Hadi.
28 Mei 2016 - Rumah pusaka usang dipinggir kampung membawa kami mengenali pasangan En Shaifuddin Draman dan Pn. Raja Sirasila Raja Ismail. Pasangan ini mengambil upah menanam timun di kebun yang jauhnya 10km dari rumah mereka. Pendapatan keluarga ini bergantung sepenuhnya pada tanaman timun dan anak-anaknya kerap tidak ke sekolah kerana membantu ibubapanya di kebun. Mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Sumbangan SKR oleh En. Zulfikar Hashman disampaikan oleh En. Wan Badruddin Wan Omar, Guru Besar SK Abdul Hadi.
28 Mei 2016 - En. Azizi Daor dari Kg. Kijang bekerja sebagai tukang sapu dengan pendapatan RM 600/sebulan menyara kehidupan isteri dan 3 lagi anaknya yang masih bersekolah. Isterinya akan menggantikan suaminya bekerja sebagai tukang sapu andai suaminya tidak sihat. Menumpang dirumah milik ibu saudara. Tiada kata terungkap dibibir Wan Tipah Wan Umar tatkala menerima sumbangan SKR yang disampaikan oleh Gurubesar SK Abdul Hadi, En Wan Badruddin Wan Omar. Hanya ucapan terima kasih kepada penyumbang dan mendoakan semoga penyumbang dimurahkan rezeki dan 'sihat sokmo'. Anak ke-3 pasangan ini adalah pelajar harapan sekolah. Sumbangan SKR yang diterima pasangan ini adalah sumbangan En. Zulfikar Hashman.
29 Mei 2016 - En Mohammad Noor bekerja dari Kg Penambang menjual air di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Pernah bekerja 2 bulan di Kuala Lumpur, namun kembali ke kampung kerana tidak mampu menanggung kehidupannya di sana dan dalam masa yang sama memenuhi tanggungjawabnya di kampung. Isterinya, Wan Noraini Wan Ahmad adalah jurusolek (mak andam), tetapi telah lama tidak menerima undangan menjadi mak andam sejak setahun yang lalu. Namun setiap hari keluar rumah untuk mencari pekerjaan. Anak sulung pasangan ini, Wan Mohd Amiruddin kerap meluahkan perasaannya kepada kaunselor sekolah tentang kesusahan hidup keluarganya. Dia pelajar berpotensi dalam pelajaran namun sering diganggu dengan masalah kedua ibu bapanya. Amiruddin: "Terima kasih kak, dapatlah saya dan adik-adik 'makan' hari ni".
29 Mei 2016 - Nor Aini Mohd Rizal, anak kedua dari 5 adik beradik ini yang bekerja di pasaraya adalah tulang belakang keluarga ini. Ibunya, Nor Azura Ismail tidak bekerja kerana menjaga ibu yang sakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu. Sumbangan SKR dari Makhostia Sdn Bhd di sampaikan oleh En Che Yahya Che Harun,Kaunselor SMK Penambang yang juga Guru Penyelaras KUNTUM YBK.
29 Mei 2016 - Pn Tuan Yah Tuan Hassan, ibu tunggal yang menyara kehidupan 3 anaknya yang amsih bersekolah dan 2 adiknya OKU dengan menjadi pembantu di restoran nasi ikan keli di Banggol. Namun sejak bulan lepas dia telah diberhentikan kerja kerana pemgurus restoren telah meninggal. Hidupnya kini hanya bergantung kepada makanan yang diberi oleh jiran-jiran yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga. Anak bongsunya,Nik Muhammad Afiq adalah pelajar cemerlang tingkatan 3 SMK Penambang. Sumbangan SKR dari Makhostia Sdn Bhd di sampaikan oleh En Che Yahya Che Harun,Kaunselor SMK Penambang yang juga Guru Penyelaras KUNTUM YBK.
29 Mei 2016 - En Rameli Husin menjaja ikan di sekitar kampung demi menyara isteri dan 7 orang anak-anaknya. 5 orang dari mereka masih bersekolah. Isterinya, Pn Faridah Adam nekad membantu suami dengan mengambil upah menjahit pakaian secara kecil kecilan. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Penjara Pengkalan Chepa,namun khidmatnya terhenti kerana kelas kemahiran yang diajar di penjara tersebut telah dipindahkan di Penjara Kajang. Sumbangan SKR dari Makhostia Sdn Bhd di sampaikan oleh En Che Yahya Che Harun, Kaunselor SMK Penambang yang juga Guru Penyelaras KUNTUM YBK.
29 Mei 2016 - En Nik Hassan Nik Ab. Rahman bekerja sebagai tukang sapu di stesen minyak di Banggol manakala isteri, Pn. Irni Yusnita Mamat menjadi tukang urut di kampung tersebut. Menumpang di rumah pusaka tinggalan arwah nenek, mereka hidup dalam serba kekurangan. Pasangan ini dikurniakan anak-anak yang berpotensi tinggi dalam pelajaran,namun dek kekangan sumber kewangan menghimpit, anak yg ke-2, Nik Nur Asyikin dinasihatkan belajar sekadar yang mampu sahaja. Pasangan ini mendakap syukur saat sumbangan SKR dari Makhostia Sdn Bhd disampaikan oleh En Che Yahya Che Harun, Penyelaras KUNTUM juga merangkap Kaunselor SMK Penambang.
29 Mei 2016 - Menumpang dibawah rumah ibu, En Faizul Yusof dan Pn Noriza Ali hanya bergantung hidup dengan hasil jualan langsung yang diusahakan sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan pendapatan RM500 sebulan tidak mampu menyara hidup dan menampung keperluan pendidikan 5 orang anaknya yang masih bersekolah. Sumbangan SKR dari Makhostia Sdn Bhd di sampaikan oleh En Che Yahya Che Harun, Kaunselor SMK Penambang yang juga Guru Penyelaras KUNTUM YBK.
29 Mei 2016 - Kisah ibu tunggal, Che Suhaila Che Mohamed yang kematian suami sejak 15 tahun yang lalu membesarkan anak-anaknya dengan menjadi tukang masak di restoren berdekatan. Dia dan 4 anaknya kini menumpang dirumah ibu bapanya setelah perkahwinan keduanya gagal. Anak ke-2 Elyas akan ke sungai menangkap ikan dan udang bagi memenuhi keperluan keluarganya. Sumbangan SKR tajaan Makhostia Sdn Bhd telah disampaikan oleh En Che Yahya Che Harun,Kaunselor SMK Penambang yang juga Penyalaras KUNTUM YBK.
29 Mei 2016 - En Zulkifli Harun dan isterinya, Pn. Nor Syada Athia Ahmad adalah pekerja kantin sekolah SMK Penambang. Namun pendapatan mereka tidak mampu menampung keperluan pelajaran 4 orang anaknya yang masih bersekolah. Sumbangan SKR dari Makhostia Sdn Bhd di sampaikan oleh En Che Yahya Che Harun,Kaunselor SMK Penambang yang juga Guru Penyelaras KUNTUM YBK.