HULU LANGAT, 9 September 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah hadir menyampaikan taklimat berkenaan Asrama Kasih YBK kepada para pelajar Tahun 6 bersama-sama guru dan ibu bapa di SK Sungai Tekali.

Taklimat latar belakang YBK telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK manakala taklimat berkenaan Asrama Kasih YBK oleh Pn. Halimaton Saadiah, Pengurus Pendidikan merangkap Pengetua Asrama Kasih YBK. Kaunter pameran turut dibuka untuk memberi peluang pelajar, guru dan ibu bapa mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan borang permohonan.

Taklimat seumpama ini merupakan sebahagian daripada pengisian program Jelajah Sejuta Harapan untuk memperkenalkan YBK kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


ASRAMA KASIH YBK BRIEFING AT SK SUNGAI TEKALI

HULU LANGAT, 9 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) conducted a briefing session on Asrama Kasih YBK for Year 6 students, along with their teachers and parents, at SK Sungai Tekali.

The background of YBK was presented by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, while the briefing on Asrama Kasih YBK was delivered by Ms. Halimaton Saadiah, Education Manager and Principal of Asrama Kasih YBK. An exhibition booth was also set up, allowing students, teachers, and parents to ask questions and obtain application forms.

This type of briefing is part of the "Jelajah Sejuta Harapan" outreach initiative aimed at introducing YBK to the community, particularly its target groups.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;