- Hit: 263
KG. GESIR TENGAH, 7 Oktober 2022 - Para pelatih Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) hari ini telah mengikuti sesi Motivasi Semangat Mendaki sesi yang ke-2.
En. Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanahย YBK merangkap ketua jurulatih Motivasi Semangat Mendaki telah meluangkan masa selama sejam bersama para pelatih, dengan perkongsian dan recap berkenaan konsep Semangat Mendaki YBK.
Para pelatih juga bersama-sama melatih corak State Management yang telah dibantu oleh Saudara Audi Faliq Ibrahim. Sesi Motivasi Semangat Mendaki akan dilaksanakan secara bulanan bagi memantapkan keyakinan dan keadaan diri para pelatih.