- Hit: 210
KG GESIR TENGAH, 2 September 2022 - Telah berlangsung sesi Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan bersama pelatih-pelatih Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) hari ini.
Sesi selama 2 jam ini telah disampaikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi Semangat Mendaki, dan telah dibantu oleh Saudara Audi Faliq Ibrahim.
Para pelatih telah didedahkan dengan modul Semangat Mendaki YBK untuk membentuk semangat diri melalui integrasi minda, emosi, impian, kepercayaan dan keberanian yang positif. Juga, para pelatih telah diperkenalkan corak NLP 'State Management' dan 'Teras Perubahan'.
Sesi Semangat Mendaki akan dilaksanakan di outlet-outlet YBK dengan berkala bagi membina semangat dan minda pelajar agar sentiasa positif dan berfikiran cemerlang.