SHAH ALAM, 14 April 2022 - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyalurkan sumbangan sebanyak RM 6,000.00 kepada 10 buah rumah kebajikan anak-anak yatim seliaan YIDE semalam ketika jamuan majlis berbuka puasa diadakan.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Dato' Mahmud Abas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS kepada 10 wakil rumah kebajikan yang hadir.

Antara yang mendapat sumbangan adalah Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam, Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, Asrama Kasih YBK Serendah dan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi. Turut hadir juga adalah Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Shakur (PEKEAS), Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Rumah Bakti Dato Harun dan Rumah Aman.

Asrama Kasih YBK mengucapkan terima kasih kepada PKNS atas keprihatinan terhadap anak-anak yatim dan semoga sinergi kerjasama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Berita disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK dan disunting oleh Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;