SERENDAH & KG. GESIR TENGAH, 13 Ogos 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) untuk melawat Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir dan YBK Global Camp.

Lawatan bermula pada jam 9 pagi dengan lokasi pertama adalah di Bukit Tasik Serendah iaitu kawasan agro-rekreasi milik YBK. Ketibaan rombongan JPNS telah disambut oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK). Rombongan telah dibawa melihat kawasan tasik dan kawasan penanaman ubi sakura.

Kemudian rombongan dibawa ke Asrama Kasih YBK Serendah dan Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi, Pengetua ASKA Serendah telah memberikan taklimat berkenaan latar belakang ASKA. Ini diteruskan dengan rombongan melihat sendiri persekitaran asrama dan turut dibawa melihat projek tanaman cili yang diusahakan oleh ASKA Serendah.

Selepas makan tengahari, kunjungan diteruskan ke YBK Global Camp dan rombongan telah mendengar taklimat daripada En. Razali Ismail selaku penyelia kem dan dibawa melihat fasiliti kem. Kemudian rombongan bergerak ke ASKA Gesir dan taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Pengetua ASKA Gesir.

Rombongan JPNS yang hadir melahirkan rasa kagum dengan Asrama Kasih YBK dan difahamkan asrama ini telah memenuhi pematuhan SOP Jabatan dengan kadar yang tinggi. Pihak JPNS juga mencadangkan untuk ASKA dijadikan model contoh dan lawatan susulan akan diadakan untuk mengkaji fasiliti dan pentadbiran asrama dengan lebih lanjut.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;