- Hit: 917
SERENDAH, 18 Julai 2019 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat Asrama Kasih YBK Gesir dan Serendah yang berlangsung di Tasik Kebun Serendah.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan kepada 9 orang penasihat yang hadir. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK), Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah) dan Pn. Farahin Iszreen (Pengetua ASKA Gesir).
Tahniah kepada Ahli Lembaga Penasihat yang dilantik dan YBK serta ASKA khususnya akan memanfaatkan ilmu dan pengalaman Ahli Lembaga bagi memantapkan ASKA selaku Pusat Kecemerlangan Sahsiah Pelajar.