SERENDAH, 28 September 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat mencemar duli ke Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah.

Dalam pertemuan tertutup ini, DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan melawat makmal komputer yang dilengkapi oleh komputer sumbangan Yayasan Raja Muda Selangor, mendengar taklimat berkenaan Asrama Kasih YBK serta berkenan mengurniakan sumbangan bakul makanan, kad sim serta set penjagaan diri kepada warga Asrama Kasih YBK dan Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom menyembah maklum bahawa YBK sangat berbesar hati dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor mencemar Duli ke Asrama Kasih YBK serta melahirkan perasaan sukacita atas kurniaan sumbangan yang diberikan.

Turut bersama dalam pertemuan tertutup ini adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih Serendah); Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, wakil daripada Kolej Komuniti Hulu Selangor, serta pegawai dan karyawan daripada YBK, Yayasan Raja Muda Selangor, dan Selangor Youth Community.

Seluruh keluarga YBK dan rakyat memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT untuk Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, semoga Baginda berada dalam keadaan kesejahteraan, dikurniakan taufik dan hidayah, serta senantiasa dalam perlindungan Allah SWT.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;