KELANA JAYA, 7 Ogos 2026 - Telah berlangsung siri ke-3 Motivasi NLP untuk karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Ibu Pejabat YBK.

Sesi Motivasi NLP ini telah dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Ketua Jurulatih Bertauliah NLP YBK dan dihadiri oleh Pengurus Besar, Ketua-Ketua Jabatan, Pengurus AKYBK dan karyawan Ibu Pejabat YBK.

State merupakan salah satu komponen penting dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang merangkumi deria, wayang minda, sikap dan rapport. Ia ialah gabungan pemikiran dan emosi yang menghasilkan reaksi fisiologi terhadap sesuatu rangsangan (stimulus), sekali gus mempengaruhi cara seseorang berfikir, bertindak dan berinteraksi dengan orang lain. Emosi yang dirasai bergantung kepada state semasa, contohnya perasaan dihargai, saling menghormati dan mengambil berat terhadap individu di sekeliling. Selain itu, state juga menentukan kekuatan mental seseorang, termasuk keyakinan untuk menghadapi cabaran tanpa dibelenggu keraguan.

Bagi membina state yang positif, seseorang boleh mengamalkan peneguhan diri (self-affirmation) melalui slogan seperti "Saya Boleh" atau "Today Is The Day" bagi meningkatkan semangat dan keyakinan. Dalam NLP, resourceful state merujuk kepada keadaan diri yang penuh motivasi dan percaya bahawa setiap cabaran boleh diatasi. Teknik seperti anchoring membantu mencetuskan wayang minda serta emosi yang lebih positif, manakala future pacing melatih seseorang membayangkan kejayaan pada masa hadapan agar dapat membentuk tabiat yang lebih baik dan meninggalkan tabiat yang kurang bermanfaat.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK STAFF NLP MOTIVATION SERIES 3/2026

KELANA JAYA, 7 August 2026 – The third session of the NLP Motivation Series for staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held at the YBK Headquarters.

The NLP Motivation Session was conducted by Mr. Zulhairy Jalaluddin, a Member of the YBK Board of Trustees and YBK’s Chief Certified NLP Trainer. The session was attended by the General Manager, Heads of Departments, the AKYBK Manager, and YBK Headquarters staff.

State is one of the key components of Neuro-Linguistic Programming (NLP), encompassing sensory perception, mental imagery, attitude, and rapport. It refers to the combination of thoughts and emotions that produces a physiological response to a particular stimulus, thereby influencing how a person thinks, acts, and interacts with others. The emotions we experience are influenced by our current state, including feelings of being valued, respected, and cared for by those around us. In addition, state influences a person's mental strength, including their confidence in facing challenges without being held back by self-doubt.

To develop a positive state, individuals can practice self-affirmation through phrases such as “I Can” or “Today Is The Day” to strengthen motivation and confidence. In NLP, a resourceful state refers to a state in which an individual is highly motivated and believes that every challenge can be overcome. Techniques such as anchoring help trigger more positive mental imagery and emotional responses, while future pacing trains individuals to visualize future success, helping them develop better habits and move away from less beneficial ones.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;