- Hit: 50
KUALA LUMPUR, 14 April 2025 - Jawatankuasa Penganjur Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman selaku Presiden WEF ASEAN 2025 dan merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan perbincangan dengan YBhg. Datin Nooryana Najwa Najib, Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merangkap Naib Presiden (Wanita), Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan berkenaan program WEF ASEAN 2025 dan menyampaikan jemputan rasmi kepada beliau untuk bersama dalam program ini, di samping mengajak golongan belia di Wilayah Persekutuan untuk bersama khususnya yang bernaung di bawah Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Turut bersama ialah ahli jawatankuasa penganjur WEF ASEAN 2025 iaitu Cik Shafiqah Sunazman dan Encik Mohd Ikmalul Imtihan Zainal Abidin.
Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.