- Hit: 46
KUALA KUBU BHARU, 12 April 2025 - Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman hari ini telah menerima jemputan bagi mewakili YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-52 di SK Kuala Kubu Bharu 1.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datin menyeru para ibu bapa untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam PIBG kerana pelbagai perkara boleh dibincangkan antara ibu bapa dan guru demi manfaat pada pelajar di sekolah.
Turut hadir, Dr. Lidya Pok Chiew Fong (Yang Di Pertua PIBG), Encik Adli Ibrahim (Guru Besar),ย Puan Fauziah Sukarย (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Puan Ruzita Saidin (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Zamhariz Haji Dinย (Guru Penolong Kanan Kokurikulum), guru-guru dan ibu bapa.