KUALA LUMPUR, 7 Mac 2025 - Seramai 36 orang anak - anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah (ASKA Serendah) dari tingkatan 3 hingga 5 bersama diiringi Pengetua,  Puan Halimaton Saadiah, Coach Khuzaimie, dan Encik Amir ke Istana Negara atas undangan berbuka puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Raja Zarith Sofiah.

Majlis yang berlangsung di Dewan Santapan Istana Negara turut sama mengundang anak-anak yatim dan asnaf dari rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, Yayasan Wadratul Jannah, Tahfiz, Darul Kifayah MAIWP dan juga NGO Ibu-Ibu Tunggal Selangor. DYMM Raja Permaisuri Agong telah mengurniakan sumbangan dan cendera hati kepada semua anak-anak yatim, tahfiz dan ibu-ibu tunggal yang hadir.

Patik sekalian mewakili YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, barisan ALPA, Pengurus Besar dan karyawan YBK menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku atas jemputan dan kurniaan yang diberikan. Ampun Tuanku.

Laporan disediakan oleh Asrama Kasih YBK Serendah

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;