HULU LANGAT, 11 November 2024 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz pagi ini telah berkunjung ke Khadijah International Waqf Foundation (KIWF) bagi mengadakan perbincangan berkenaan kolaborasi program komuniti dan pendidikan antara YBK dan KIWF.

KIWF diwakili oleh Puan Rohani Datuk Mohd Shahir selaku Pengerusi dan juga Puan Mazlina Saidi (Ketua Pegawai Eksekutif KIWF). Turut bersama, Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Encik Afrodi Ali (wakil Ahli Majlis Zon 1 Majlis Perbandaran Kajang), dan Puan Norlida Abd Rahman (setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding Hulu Langat).

Objektif perbincangan adalah bagi merancang program kesedaran sikap kepada pelajar dan komuniti di Hulu Langat, khususnya berkenaan kebersihan alam sekitar. YBK menawarkan program motivasi kepada pelajar sekolah dengan modul yang turut menerapkan nilai IBUMU serta kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

Secara prinsipnya YBK dan KIWP bersama-sama MPP Zon 1 MPKj dan Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding bersetuju untuk melaksanakan program motivasi dan program komuniti sebelum akhir tahun ini sebagai program ujian sebelum diperluas kepada lebih banyak sekolah dan kawasan bermula tahun 2025.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;