KELANA JAYA, 18 September 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Sahabat Bina Negara (YSBN) di Ibu Pejabat YBK di sini.

Delegasi YSBN telah diketuai oleh Tuan Haji Azman Mat Isa, Pengarah YSBN. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberikan taklimat berkenaan latar belakang YBK kepada delegasi. Turut bersama adalah Encik Audi Faliq Ibrahim, Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK.

Objektif kunjungan hormat adalah bagi meneroka peluang kerjasama khususnya dalam ruang latihan dan keusahawanan asnaf, di samping perkara-perkara lain yang bersesuaian.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;