- Hit: 90
SERENDAH, 31 Ogos 2024 - Sepanjang bulan Ogos sempena sambutan bulan kemerdekaan, Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) telah menganjurkan Program Bulan Kemerdekaan untuk menyemarak dan menyuntik semangat patriotik di kalangan pelajar.
Setiap tahun ASKA Serendah melatih pelajar tingkatan empat menguruskan program dengan bimbingan dan pemantauan para Coach dan Pengetua. Dengan melibatkan pelajar dalam mengurus majlis, ia secara langsung dapat melatih diri mereka dari aspek kepimpinan, bakat dan pengurusan program. Pelbagai program telah dilaksanakan antaranya ialah kuiz kemerdekaan, pertandingan melukis poster, pertandingan bakat merdeka, pertandingan karya merdeka, jelajah merdeka, tayangan merdeka dan kemuncaknya adalah pada 31 Ogos 2024 iaitu Hari Sambutan Kemerdekaan.
Pertandingan yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan, di mana pelajar tingkatan 1 hingga 4 digabungkan dalam satu kumpulan bagi mengeratkan silaturahim dan membina rasa kebersamaan di kalangan mereka.
Majlis penutup program Merdeka pada 31 Ogos 2024 telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Mejar Haji Abdul Majid dan Puan Norlaili, pengasas NGO Sanggar Suri. Mereka turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
ASKA Serendah melahirkan penghargaan kepada semua Coach dan pelajar yang terlibat dalam program ini, dan pada masa yang sama dapat mengenal pasti anak-anak ASKA Serendah yang berpotensi dan berbakat untuk digilap menjadi lebih cemerlang dan bakal mengharumkan nama ASKA Serendah dan YBK.
Artikel/berita disediakan oleh Asrama Kasih YBK Serendah dan disunting oleh Jabatan Media dan Perhubungan Awam YBK
Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah