- Hit: 91
KG GESIR TENGAH, 31 Ogos 2024 - Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Sudah 67 tahun kita merdeka, tetapi merdekakah kita? Jawapannya ada di Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir). Tahun ini kami memilih tema 'Memaknai Kemerdekaan'. Selepas kami bersetuju dengan tema ini, nampaknya ramai lagi yang memlih tema seakan-akan serupa. Barangkali ini adalah tema sejagat.
Awal pagi usai daripada taklimat, kami melaksanakan aktiviti kerohanian. Kami bermunajat sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan nikmat kemerdekaan. Yang Berusaha Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Pengetua ASKA Gesir kemudian menyampaikan tazkirah.Β Selesai tazkirah, pertandingan bercerita pula, dan seramai lima orang anak-anak ASKA Gesir mengambil bahagian. Kagumnya kami, isi kandungan cerita mereka cukup matang dan padat, jika dibandingkan dengan usia sebenar mereka. Bukan sesuatu yang janggal kerana memang ini falsafah yang cuba diterapkan di ASKA Gesir.
Acara peragaan busana dan menghias kek pula berlangsung. Mungkin ada yang hairan, apa relevannya aktiviti-aktiviti ini? Kami sebenarnya cuba membina dan merangsang kemampuan kognitif anak-anak ini - kreativiti, keberanian, dan sebagainya. Apabil keupayaan minda ditingkatkan seiring kekuatan akhlak, Insya-Allah akan cemerlang.
Terima kasih kepada Ibu Pejabat YBK dan pengurusan yang menyokong program ini, disamping penaja-penaja yang budiman. Ketika persiapan program, ada ibu pelajar ini yang bersama membantu. Semoga ukhwah dan silaturahim kita terus mekar dan dipelihara Allah SWT. Tahniah kepada Coach Nazatul Azwanie dan pengurusan ASKA Gesir yang telah melaksanakan program ini dengan cemerlang.
Artikel/berita ini disediakan oleh Asrama Kasih YBK Gesir dan disunting oleh Jabatan Media dan Perhubungan Awam YBK
Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Gesir
Β