- Hit: 122
KELANA JAYA, 29 Ogos 2024 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mempengerusikan sesi perbincangan bagi memperhalusi draf awal Pelan Perancangan YBK 2025-2030 bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Outlet.
Ini merupakan lanjutan daripada sesi pertama yang telah dilaksanakan pada 20 Ogos 2024 yang lepas.
Dapatan sesi ini akan dijadikan asas draf awal Pelan Perancangan YBK 2025-2030, sebelum dibahas di peringkat bengkel dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk pertimbangan dan kelulusan.