Mesyuarat - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Mesyuarat Penyelarasan Program 'Voices Of Ladies 2026'

    KUALA LUMPUR, 10 April 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) pagi ini telah menghadiri sesi mesyuarat penyelarasan untuk program 'Voices of Ladies 2026' di Menara 2 DBKL.

    Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan kemajuan persiapan, kehadiran, teknikal, dan perkara-perkara yang berkaitan menjelang hari program yang akan berlangsung pada 25 dan 26 April 2026. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Naquib Hamdan, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan DBKL.

    Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi YBCare merangkap Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan para pegawai daripada YBCare, YBK dan DBKL.

    Konsert Voices of Ladies anjuran DBKL dengan kerjasama YBCare dan YBK akan berlangsung pada 25 dan 26 April 2026 di Institut Latihan DBKL menampilkan tiga vokalis wanita terkenal iaitu Liza Aziz, Noryn Aziz dan Aisha Retno diiringi Orkestra Kuala Lumpur. Turut berlangsung, sesi Forum Wanita (Pemerkasaan Wanita) pada 25 April serta Forum Belia (Pemerkasaan Generasi Muda) pada 26 April.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COORDINATION MEETING FOR “VOICES OF LADIES 2026” PROGRAMME

    KUALA LUMPUR, 10 April 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) together with Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) attended a coordination meeting this morning for the “Voices of Ladies 2026” programme at Menara 2, DBKL.

    The meeting aimed to discuss progress on preparations, attendance, technical matters, and other key aspects ahead of the programme, which is scheduled to take place on 25 and 26 April 2026. The session was chaired by Mr. Naquib Hamdan, Director of the Department of Culture, Arts, Tourism and Sports, DBKL.

    Also present were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairperson of YBCare and Administrative Advisor of YBK), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), as well as officers from YBCare, YBK, and DBKL.

    The Voices of Ladies Concert, organized by DBKL in collaboration with YBCare and YBK, will be held on 25 and 26 April 2026 at the DBKL Training Institute, featuring three renowned female vocalists—Liza Aziz, Noryn Aziz, and Aisha Retno, accompanied by the Kuala Lumpur Orchestra. The programme will also include a Women’s Forum (Women Empowerment) on 25 April and a Youth Forum (Youth Empowerment) on 26 April.

    Read more
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kasih YBK

    KELANA JAYA, 8 April 2026 - Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor Berhad (Ko-Kasih) telah diadakan pada sebelah petang di Ibu Pejabat YBK.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Ko-Kasih. Beberapa agenda telah dibincangkan antaranya laporan aktiviti dan kewangan koperasi, perancangan untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Koperasi, dan perkara-perkara berbangkit yang lain.

    Turut hadir Ahli Lembaga Koperasi merangkap AJK iaitu Puan Rafizah Ibrahim (Setiausaha), Puan Norhani Layali Zainal Abidin (Bendahari), dan barisan Ahli Jawatankuasa iaitu Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Janita Aga Mohd Jaladin, Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih YBK), Encik Asuad Ismail (Pengurus Pembangunan Aset YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    KOPERASI KASIH YBK BOARD OF DIRECTORS MEETING

    KELANA JAYA, 8 April 2026 – The Board of Directors Meeting of Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor Berhad (Ko-Kasih) was held in the afternoon at YBK Headquarters.

    The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Ko-Kasih. Several key agenda items were discussed, including the cooperative’s activity and financial reports, planning for the upcoming Annual General Meeting, and other related matters.

    Also present were Board Members and Committee Members, namely Ms. Rafizah Ibrahim (Secretary), Ms. Norhani Layali Zainal Abidin (Treasurer), and committee members including Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Ms. Janita Aga Mohd Jaladin, Ms. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Principal of Asrama Kasih YBK), Mr. Asuad Ismail (YBK Asset Development Manager), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager).

    Read more
  • Bengkel Pelan Strategik YBK 2025-2030

    BANDARAYA MELAKA, 19 & 20 November 2024 - Pengurusan tertinggi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah 'berkampung' selama dua hari di Tun Fatimah Riverside Hotel Melaka menghadiri Bengkel Pelan Strategik YBK 2025-2030.

    Sesi bengkel yang dipandu oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad (Pengarah Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia merangkap ALPA YBK) bertujuan merangka pelan strategik YBK bagi tempoh 2025-2030 di peringkat Jabatan dan Outlet. Semua ketua jabatan dan outlet hadir dalam sesi bengkel ini.

    Hari pertama bengkel (19 November), Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya bertajuk "Aspirasi IBUMU Pemangkin Kelestarian YBK" telah menggariskan aspirasi beliau serta kerangka dasar hala tuju YBK berdasarkan nilai IBUMU iaitu Ilmu, Budaya dan Mutu. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam mengulas ucapan Pengerusi YBK, menyambut baik aspirasi dan dasar yang digariskan dan menyeru ketua jabatan dan outlet melaksanakan sehabis baik membentuk pelan strategik sepanjang berada di sini.

    Setiap Jabatan dan Outlet dalam proses merangka pelan strategik telah melaksanakan analisis SWOT, TOWS dan menulis draf 'Impact Mapping' mengikut panduan yang disediakan oleh Dr. Mursyid. Pada hari ke-2, sesi 'World Cafe' telah dilaksanakan di mana setiap jabatan/outlet diberi peluang untuk memberi saranan kepada jabatan/outlet yang lain secara bergilir.

    Penasihat-penasihat jabatan merangkap ALPA YBK telah bersama Jabatan masing-masing memberikan panduan dan buah fikiran bagi menghasilkan dapatan yang mantap.

    Dr. Mursyid selaku ketua projek dalam ulasan rumusan beliau memaklumkan sesi dua hari ini telah berjaya menghasilkan 15 teras utama, 24 objektif strategik, 50 strategi dan 68 sasaran KPI. Semua dapatan ini akan melalui proses pemurnian lanjutan dan diperhalusi sebelum diangkat kepada Ahli Lembaga untuk kelulusan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK STRATEGIC PLAN WORKSHOP 2025-2030

    BANDARAYA MELAKA, 19 & 20 November 2024 - The top management of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) has gathered for two days at Tun Fatimah Riverside Hotel Melaka to attend the YBK Strategic Plan Workshop 2025-2030.

    The workshop session was guided by Assoc. Prof. Dr. MOHD MURSYID ARSHAD (Director of the Centre for Co-Curriculum and Student Development Universiti Putra Malaysia and YBK Board of Trustee) aimed to formulate YBK's strategic plan for the period 2025-2030 at the Department and Outlet levels. All heads of departments and outlets attended this workshop session.

    On the first day of the workshop (19 November), the Chairman of YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom in his speech entitled "IBUMU's Aspirations Catalyst for Sustainability" outlined his aspirations as well as the policy framework of YBK's direction based on IBUMU's values of Knowledge, Culture and Quality. YBK General Manager, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz in commenting on the speech of the Chairman of YBK, welcomed the aspirations and policies outlined and called on the heads of departments and outlets to implement as well as possible to form a strategic plan during their time here.

    Each Department and Outlet in the process of formulating a strategic plan has carried out SWOT analysis, TOWS and written a draft 'Impact Map' according to the guidance provided by Dr. Mursyid. On the 2nd day, the 'World Cafe' session was held where each department/outlet was given the opportunity to give recommendations to other departments/outlets in turn.

    The department's advisors ALPA YBK have worked with their respective departments to provide guidance and thoughts to produce solid findings.

    Dr. Mursyid as the project leader in his summary comment informed that the two-day session had succeeded in producing 15 main cores, 24 strategic objectives, 50 strategies and 68 KPI targets. All of these findings will go through an advanced refining process and refine before being submitted to the Board for approval.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;