SHAH ALAM, 21 Ogos 2024 - Selepas menemu ramah Pengerusi YBK, Kumpulan projek Buku 'Untold Story YBK' bergerak ke Shah Alam untuk menemu ramah Pengasas Yayasan Basmi Kemiskinan, YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib di kediaman beliau.

Sesi temu ramah dikendalikan oleh Encik Muhamad Hanapi Jamaludin selaku penyusun/penulis, dan turut bersama adalah Encik Zainal Mohd Jais selaku Ketua Projek Buku merangkap ALPA YBK, dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Selain untuk mendapat dan mengesahkan maklumat bagi melengkap serta memantapkan kandungan buku Untold Story YBK, pertemuan dengan YABhg. Tan Sri turut membincangkan berkenaan idea-idea segar gerak kerja yang boleh dilakukan oleh YBK bersama-sama rakan strategik, dan keterlibatan minda muda dalam memperkasa pendekatan pembasmian kemiskinan sesuai dengan 'trend' semasa.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;