- Hit: 166
KALUMPANG, 11 Julai 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Koperasi Kasih Ybk (Ko-Kasih) dan Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare hari ini telah mengadakan lawatan ke ladang nenas di Pejabat Pertanian Hulu Selangor, Kalumpang.
Lawatan ini adalah bagi melihat dan mempelajari amalan terbaik penanaman nenas sebagai panduan kepada YBK, Ko-Kasih dan YBCare untuk program dan projek pertanian.
Hadir dalam lawatan ini adalah YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Ko-Kasih dan YBCare), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah); Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir), dan pegawai dari Ko-Kasih serta YBCare.
Rombongan telah dibawa ke ladang nenas yang diuruskan oleh Encik Nirmal Gill Abdullah sambil melihat kawasan ladang dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh pegawai pertanian.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
VISIT TO PINEAPPLE PLANTATION, HULU SELANGOR AGRICULTURE OFFICE
KALUMPANG, 11 July 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) together with Koperasi Kasih YBK (Ko-Kasih) and Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) today visited a pineapple plantation at the Hulu Selangor Agriculture Office, Kalumpang.
This visit was to learn the best practices of pineapple cultivation as a guide to YBK, Ko-Kasih and YBCare for agricultural programs and projects.
Present on this visit were YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman (Chairman of Ko-Kasih and YBCare), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Mr. Audi Faliq Ibrahim (Media and Public Relations Manager of YBK), Mrs. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Principal of Asrama Kasih YBK Serendah); Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Principal of Asrama Kasih YBK Gesir), and employees from Ko-Kasih and YBCare.
The delegation was taken to a pineapple plantation managed by Mr. Nirmal Gill Abdullah while looking at the plantation area and listening to a briefing delivered by the agriculture officer.