- Hit: 135
KELANA JAYA, 6 Jun 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi pengurusan Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (PLiMJI USIM)
Delegasi PLiMJI USIM diketuai oleh Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi (Pengarah PLiMJI USIM) bersama-sama kumpulan pengurusannya iaitu Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin (Timbalan Pengarah Bahagian Jaringan Industri); Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Bahagian Libatsama Masyarakat); Puan Roziehan Talib (Penolong Pendaftar); Encik Amirul Aiman Islaini (Pembantu Tadbir) dan Encik Ahmad Shafik Zaruddin (Pembantu Operasi).
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz mengalu-alukan kehadiran delegasi PLiMJI USIM di Ibu Pejabat YBK dan memberikan taklimat berkenaan latar belakang dan aktiviti-aktiviti YBK. Pihak PLiMJI USIM turut membentangkan profil diikuti dengan perbincangan berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh YBK dan PLiMJI USIM. Turut bersama dalam sesi taklimat adalah Ketua-Ketua Jabatan YBK.
Delegasi PLiMJI USIM juga telah dibawa melawat ke semua outlet-outlet pendidikan YBK iaitu Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK serta YBK Global Camp. Turut dilawati ialah kemudahan inap (homestay) Villa YBK dan Bukit Tasik Serendah.
Pengarah PLiMJI USIM di akhir sesi kunjung hormat telah menzahirkan penghargaan dan rasa kagum beliau kepada YBK. Perbincangan lanjutan akan diadakan antara kedua-dua pihak bagi melaksanakan beberapa cadangan kerjasama yang telah dipersetujui.
Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan