- Hit: 111
KELANA JAYA, 5 Mei 2024 - Hari ini merupakan hari ke-2 Kursus Pengamal Neuro-Linguistic Programming (NLP) Asas Bertauliah untuk karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Kursus dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Jurulatih (Coach) Bertauliah Akademi NLP Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Peserta hari ini telah diperkenalkan dengan komponen yang membentuk konsep NLP seperti 'Meta Model', 'Meta Program', 'Sub-Modality' dan 'State' di samping melaksanakan praktikal corak 'State Management'.
Karyawan akan menjalani kursus secara bersemuka sekurang-kurangnya 10 hari/sesi dan akan dinilai dari aspek pemahaman dan aplikasi amalan NLP mengikut piawaian persijilan ANLPM.