SHAH ALAM, 8 April 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Tuan Papparaidu A/L Veraman, EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan di pejabat beliau.

Mewakili YBK adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Zulhairy Jalaluddin dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam).

Kunjung hormat ini adalah susulan daripada pertemuan pertama pada hujung tahun lepas, dan antara perkara yang menjadi fokus ialah Bantuan Makanan Asrama Kasih YBK serta tajaan pendidikan Akademi Kemahiran YBK Gesir, di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembasmian kemiskinan.

YB Tuan Papparaidu mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan khususnya berkenaan isu Bantuan Makanan Asrama dan bersedia untuk membantu YBK selaku pemudah cara. Beliau juga melahirkan hasrat untuk melawat outlet-outlet pendidikan YBK dalam masa terdekat bagi melihat sendiri operasi dan mengenal pasti aspek-aspek yang boleh dibantu.

Turut serta dalam perbincangan adalah Encik Ananthan A/L Raman (Pegawai Penasihat Dasar Exco) dan pegawai-pegawai kanan YB.


Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;