- Hit: 188
KELANA JAYA, 20 Mac 2024 - Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-107 di Rumah YBK Kelana Jaya. Ini merupakan Mesyuarat ALPA YBK pertama untuk tahun 2024.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (melalui sidang video), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), ketua-ketua Jabatan, dan wakil daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada Dato' Pengerusi YBK sebelum agenda mesyuarat dibentangkan oleh Pengurus Besar YBK. Antara yang dibentangkan kepada ALPA dan diberi maklum balas adalah laporan gerak kerja YBK untuk suku pertama 2024, prestasi kewangan, dan urusan-urusan berkaitan aset.
Dato' Pengerusi YBK dan ALPA menasihatkan pengurusan agar lebih proaktif dalam memantau gerak kerja dan urus tadbir aset agar ia memberi manfaat kepada YBK dan bukan menjadi liabiliti. Ini disusuli dengan penyampaian watikah pelantikan selaku penasihat jabatan kepada semua ALPA sebelum mesyuarat ditangguhkan.