Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bil. 110/2026

    KELANA JAYA, 30 April 2026 - Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 110/2026 telah berlangsung hari ini di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) berlangsung selama 3 jam dan telah dihadiri oleh semua ahli-ahli lembaga iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK).

    Fokus mesyuarat ini adalah untuk mendengar pembentangan laporan audit kewangan yang dibentangkan oleh juruaudit, maklum balas daripada mesyuarat sebelumnya, laporan pengurusan, serta hal-hal berbangkit.

    Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membentangkan laporan pengurusan suku pertama 2026 dan juga maklum balas mesyuarat. Ketua-Ketua Jabatan turut hadir bagi memberi respon kepada perkara-perkara yang melibatkan jabatan masing-masing.

    Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1 tengah hari.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    BOARD OF TRUSTEES MEETING NO. 110/2026

    KELANA JAYA, 30 April 2026 – The Board of Trustees Meeting No. 110/2026 of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held today at YBK Headquarters, Kelana Jaya.

    The meeting, chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), lasted for three hours and was attended by all Board members, namely Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Mr. Zainal Mohd Jais, Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, and Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib. Also present was YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Administrative Advisor of YBK).

    The meeting focused on the presentation of the financial audit report by the auditors, feedback from the previous meeting, the management report, and other related matters.

    The General Manager of YBK, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, presented the first quarter management report for 2026, along with updates from previous meetings. Heads of Departments were also present to provide responses on matters related to their respective departments.

    The meeting was adjourned at 1:00 p.m.

    Read more
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Bil. 109/2025

    KELANA JAYA, 19 Disember 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 109/2025 bertempat di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya, bermula pada jam 8.00 malam.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad serta Ustaz Mohd Mohd Faisal Tan Mutallib. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK) dan Ketua-Ketua Jabatan YBK.

    Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dato’ Pengerusi sebelum agenda mesyuarat dibentangkan. Fokus utama perbincangan adalah pembentangan Belanjawan YBK bagi tahun 2026, serta urusan-urusan berkaitan kewangan.

    Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membentangkan laporan pengurusan serta perkembangan gerak kerja YBK sepanjang tahun 2025 kepada Ahli Lembaga untuk makluman. Ahli Lembaga turut memberikan pandangan dan saranan strategik bagi memperkukuh pengurusan kewangan serta memastikan setiap inisiatif Yayasan memberi impak maksimum kepada golongan sasar.

    Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 malam.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;