- Hit: 138
KUALA LUMPUR, 29 Februari 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah hadir ke Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) hadir selaku wakil dari YBK.
Program hari pertama ini telah dibuka dengan ucaptama oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Pengisian program antaranya adalah Pembentangan Hasil Sesi Libat Urus dan Forum Diskusi Madani.
YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman yang menerima anugerah 'The Muslim World Rania Award 2024' baru-baru ini, telah memberikan cadangan beliau dalam sesi pembentangan 'Daya Saing Perusahaan Bumiputera' oleh YBhg. Datuk Dr. Hafsah binti Hashim (Mantan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia).
YBK turut melawat reruai pameran oleh agensi-agensi dan entiti di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Ekonomi dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Kongres ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 29 Februari sehingga 2 Mac 2024, dan terbuka kepada orang awam.
Gambar: Facebook Page YBK