- Hit: 121
SERENDAH, 3 Februari 2024 - Majlis Makan Malam Apresiasi Asrama Kasih YBK Serendah (ASKAS) Sesi 2023 adalah acara tahunan bagi meraikan dan menghargai anak-anak Asrama Kasih YBK Serendah serta karyawan asrama yang telah banyak menyumbang jasa bakti kepada asrama, baik dari segi Akademik, Kokurikulum, Kebudayaan, mahu pun sahsiah diri. Turut dihargai adalah penyumbang yang banyak membantu memberi sumbangan makan kepada anak-anak ASKAS.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan bersama YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi ASKAS); Puan Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pendidikan YBK); Tn. Muhammad Azhar Mohammad Hasbi (Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah) dan isteri; Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua ASKAS); Tn. Hj Abdul Majid (Guru Sukarelawan); wakil Muslimat Selawat Hulu Selangor; wakil-wakil penyumbang; dan barisan karyawan ASKAS.
Sesuai dengan tema, sambutan VIP penuh gimik ala-ala 'James Bond' yang digayakan oleh pelajar menyambut kehadiran tetamu VIP jemputan masuk ke dalam Dewan.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari YBrs. Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi selaku Pengetua ASKAS. Beliau telah menyampaikan ucapan dan penerangan berkenaan pencapaian yang telah diraih ASKAS sepanjang tahun 2023. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan YBhg. Datin Dr Hajah Hartini Osman, Pengerusi ASKAS. YBhg. Datin dalam ucapannya juga telah memberikan amanat kepada pelajar agar terus berdedikasi dalam apa sahaja yang dilakukan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi YBK.
Tahniah kepada semua pelajar dan karyawan yang telah menerima anugerah dan diharapkan terus bersemangat membangunkan dan mengharumkan nama ASKAS.
Laporan dan gambar disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Serendah.