BACHOK (KELANTAN), 2 November 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz selaku Pengurus Besar bersama-sama Benevolent Malaysia yang diwakili oleh Encik Muhamad Hanapi Jamaludin (Presiden) telah mengadakan kunjung hormat ke Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK), Universiti Malaysia Kelantan.

Objektif kunjung hormat ini antaranya adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama ketiga-tiga pihak dalam pelaksanaan program dan inisiatif pembasmian kemiskinan di Malaysia. Delegasi YBK dan Benevolent telah disambut oleh Pengarah INSPEK, Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail dan para pegawai.

YBK, INSPEK dan Benevolent juga mencapai kata sepakat untuk mengangkat kesedaran di kalangan berkenaan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa setiap 17 Oktober melalui program-program bersesuaian, dan juga merancang satu Kongres Menoktah Kemiskinan pada penghujung tahun ini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;