BANDARAYA MELAKA, 23 Oktober 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melaksanakan kunjungan hormat bertemu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di kediaman rasmi beliau di Istana Melaka.

Delegasi YBK diketuai oleh YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) bersama-sama YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), barisan ALPA iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, dan Encik Zainal Mohd Jais. Turut bersama adalah YBhg. Puan Sri Asbi Rohani Asnan, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Pengurus Besar Yayasan Melaka).

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam setengah berlangsung dalam suasana penuh mesra. TYT Tun Seri Setia telah diberi taklimat berkenaan YBK serta Program Larian Ceria sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa 2023 yang akan berlangsung pada 29 Oktober di Melaka. Beliau juga turut diberi taklimat berkenaan hotel Tun Fatimah Riverside Hotel Melaka di mana YBK merupakan penerima manfaatnya.

TYT Tun Seri Setia melahirkan rasa sukacita dengan pencapaian YBK dan program-program pembasmian kemiskinan yang telah dilaksanakan sepanjang 33 tahun, dan menyeru YBK untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka demi manfaat bersama.

Hadirin kemudiannya bersama dalam jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Istana Melaka, dan pertemuan diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.


COURTESY VISIT TO HIS EXCELLENCY THE YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

BANDARAYA MELAKA, 23 October 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today paid a courtesy visit to His Excellency the Yang di-Pertua Negeri of Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam at his official residence at the Malacca Palace.

The YBK delegation was led by YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Founder of YBK) with YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), ALPA line-up, Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, and Encik Zainal Mohd Jais. Also present were YBhg. Puan Sri Asbi Rohani Asnan, YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman (Chairman of Yayasan Bina Kesejahteraan), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (General Manager Yayasan Melaka ).

The meeting, which lasted an hour and a half, took place in a friendly atmosphere. TYT Tun Seri Setia was briefed on YBK and the Cheerful Run Programme in conjunction with the International Poverty Eradication Day 2023 which will be held on 29 October in Melaka.
He was also briefed on the Tun Fatimah Riverside Hotel Melaka hotel where YBK was the beneficiary.

TYT Tun Seri Setia expressed his joy with the achievements of YBK and the poverty eradication programmes that have been implemented over the past 33 years, and called on YBK to work with the Melaka state government for mutual benefit.

Attendees were then together at a luncheon prepared by the Malacca Palace, and the meeting ended with the presentation of souvenirs and a photo session.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;