- Hit: 125
PENDANG (KEDAH), 17 September 2023 - Kumpulan Motivasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berkunjung ke SMK Ayer Puteh Dalam untuk sesi Motivasi Semangat Mendaki bersama pelajar tingkatan 5. Ini merupakan sekolah yang ke-2 selepas sesi di SMK Sungai Tiang pada sebelah pagi.
Sesi berlangsung secara santai selama dua jam bermula jam 2 petang. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 telah mengambil bahagian dalam sesi ini. Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK telah mengendalikan sesi dan dibantu oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Pelajar telah diperkenalkan dengan konsep Semangat Mendaki YBK serta Neuro-Linguistic Programming (NLP). Pelajar juga diajar dengan beberapa corak NLP iaitu State Management dan Bulatan Kecemerlangan.
Turut hadir menyaksikan sesi adalah Puan Hajah Nasriah Haji Abdullah, Pengetua SMK Ayer Puteh Dalam. Beliau melahirkan penghargaan kerana YBK sudi hadir berkongsi ilmu dan berharap agar sesi dan kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Motivasi Semangat Mendaki, boleh berhubung dengan En. Audi Faliq Ibrahim melalui WhatsApp 019 374 0382 atau 03 7875 0036 (pejabat).